Bismillah
Alhamdulillah 'ala kulli hal. Rupanya dah masuk tahun yang ketiga untuk blog inspirasikami. Tak sangka masih mampu bertahan sehingga ke saat ini. Bukan senang nak jaga 3 blog sekali.
Sejujurnya susah nak fokus dengan banyak blog. Blog yang sekarang pun tidak terurus. Kadang rasa nak jual saja. Tetapi apabila tengok performance blog serta trafik blog yang maintain macam tu saja. Tidak naik dan juga turun. Aku rasa bersyukur juga.
Dibandingkan dengan blog utama ini, blog inspirasikami jauh lebih baik sebenarnya. Cuma masalah dari aku sendiri yang kurang update dan tidak jaga dengan baik.
Dari segi income, selama 3 tahun ini baru sekali saja dapat cashout. Memang struggle juga ya nak naikkan income blog ini. Manakala dari segi trafik pula memang maintain 1000 saja sehari. Alhamdulillah pageviews pun dah masuk 1 Juta pageviews.
InsyaAllah lepas nie kena usaha lebih lagi untuk blog inspirasikami.
Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.