Type Here to Get Search Results !

Fulltime Blogger Setiap Hari ke Dapat Kerja Blog?

Assalamualaikum
Bismillah

Secara amnya, sebagai seorang blogger sepenuh masa, aku banyak menghabiskan waktu untuk mengelola blog dan berusaha untuk menghasilkan konten secara teratur dan konsisten. Walaupun sering berhadapan dengan cabaran besar seperti MASA & MOTIVASI berblog. 

Namun, blogger sepenuh masa bukannya perlu bekerja setiap hari, kerana jadi blogger sepenuh masa mempunyai masa yang fleksibel untuk mengatur jadual bekerja sendiri. 

Ada segelintir blogger yang memilih untuk bekerja setiap hari, tetapi bagi aku pula lebih memilih untuk bekerja mengikut jadual. Hal ini demikian kerana aku telah tetapkan masa bila aku perlu menulis dan fokus dengan kegiatan lain berkenaan blogging seperti blogwalking, marketing, dan lain-lain. 

Adakah fulltime blogger setiap hari dapat kerja blog?

Jadi fulltime blogger nie setiap hari ke dapat job? Jawapannya - TIDAK.

Semenjak mendirikan rumahtangga, matlamat berblog aku berubah 100%.  Kalau dulu masa bujang kalau boleh semua jenis job nak tapau. Dari job menulis review produk, penulisan artikel SEO, teknikal, guest post, servis template blog, buat domain dan blog dan sebagainya.

Banyak dah jenis kerja blog aku buat cuma pergi event saja aku tak buat sebab aku bukan suka berjalan dan makan. 

Aku pernah dapat paling banyak 13 job blog dalam sebulan. Antara kerja blog yang biasa aku dapat ialah Guest post, penulisan review produk atau servis dan servis blog (teknikal, setting, template, domain, google adsense dan masalah blog yang lain).

Selebihnya aku bergantung dengan iklan dari Google Adsense dan Innity serta Program Affiliates. 

Kerja blog sangat menitikberatkan soal MASA. 

Sebagai contoh, kerja menulis artikel review produk mengambil banyak masa untuk disiapkan. Hal ini demikian kerana blogger perlu mencuba produk dahulu kemudian untuk melihat kesannya kena mengambil masa 3-7 hari. Bergantung dengan produk yang direview. 

Oleh sebab itulah sekiranya dapat kerja penulisan review aku limitkan sebulan mungkin 1 - 2 artikel sahaja. 

Manakala kerja blog seperti servis template, setting blog, domain dan masalah teknikal blog yang lain cuma mengambil masa 1 - 3 hari untuk disiapkan. Oleh itu, biasanya kerja servis blog aku dapat lebih banyak berbanding kerja menulis artikel. 

jana-pendapatan-dari-rumah
Rekod kerja blogging 2023

Semakin Banyak Kerja Blog Semakin Besar Pendapatan Blogger?

Adakah semakin banyak job blog kita dapat semakin besar pendapatan blogger? Jawapannya - TIDAK.

Ianya bergantung dengan jumlah bayaran yang dikenakan. Aku pernah dapat job menulis 2-3 sebulan tetapi pendapatan blog lebih dari RM1,000.

Dan kalau nak tahu penulisan artikel adalah kerja blogger yang paling mahal. Ada penulis yang kenakan bayaran RM100 - RM500 per artikel. 

Sebagai bukti ramai blogger yang join Intellifluence untuk jana pendapatan sampingan. Setiap artikel yang berjaya disiapkan akan dibayar sehingga 100USD, apabila ditukar ke Ringgit Malaysia akan mencecah lebih dari RM400. 

Ada juga beberapa penulisan review yang aku buat dibayar mahal sehingga RM300 - RM500 setiap artikel. Bergantung dengan klien dan rundingan yang boleh dicapai bersama. 

Banyak lagi kerja-kerja blog yang dibayar mahal. Lagi baik kedudukan blog, Domain Authority, Pageviews dan sebagainya lagi besar peluang untuk dapat kerja blog yang lumayan. 

Berbaloi Ke Jadi Blogger Sepenuh Masa

Alhamdulillah sepanjang menjadi blogger sepenuh masa ada saja rezeki yang Allah bagi dari arah yang tidak terduga. 

Pernah juga beberapa kali takda kerja langsung. Risau juga macam mana nak kirim mak ayah. Banyak benda yang difikirkan.Tetapi Allah sentiasa beri rezeki di waktu yang sangat tepat dan ketika kita betul-betul memerlukan. Jadi kena sentiasa yakin rezeki sentiasa ada. 

Berbaloi atau tidak jadi blogger sepenuh masa? Jawapannya - YA/TIDAK (bergantung dengan situasi korang)

Alhamdulillah untuk diri aku sendiri kerjaya sebagai blogger sangat berbaloi. Aku banyak masa di rumah urus rumahtangga. Manakala suami pula tanggungjawabnya mencari nafkah dan lebih suka aku duduk di rumah. 

Pendapatan blog aku sedikit sebanyak meringankan beban suami walaupun tak banyak. Aku juga boleh kirim keluarga di Sabah setiap bulan. 

Aku bersyukur dengan kehidupan aku sekarang. Pilihan untuk menjadi blogger sepenuh masa tidak pernah buat aku menyesal. 
Tags

Catat Ulasan

8 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. alhamdulillah.. congrats & keep on blogging!!!

    BalasPadam
  2. Congrats nurul.. teruskan blogging

    BalasPadam
  3. Cuya pon amik upah tulis artikel, itu pon suka2 je. Tak letakkan harga tinggi, sebab blog Cuya bukanlah blog yang popular dan sering dikunjungi orang.

    Buat pon suka2 kan...Jadi Cuya terima je apa2 bayaran

    BalasPadam
  4. walaupun dah lama berblogging. sampai sekarang blog masih tapau lagi. masih kdg2 update. mungkin sebab tak tumpukan sepenuh perhatian dekat blog kan. apa2 pun tahniah nurul. semoga leyla pun dapat jdi mcm nurul juga dalam berblogging

    BalasPadam
  5. alhamdulillah, banyak juga dapat rezeki dari berblog..tapi sekarang da berhenti da buat kerja2 review dan kolaborasi..fokus untuk diari harian aje..

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah punca pendapatan dgn menulis blog je dh cecah byk angka jgk

    BalasPadam
  7. Ada join Intellifluence, tapi tu lah.. Tak berapa pandai sudahnya terbiar je.. Nak cuba juga jana pendapatan dengan blog ini.. Tak berapa berjaya.. kikiki..

    BalasPadam
  8. tahniah Nurul. salute sbb pilih jadi blogger sepenuh masa. akak buat part time je sebab ada kerja tetap. buat secara part time ni pun kemalasan nak up entry tu agak menebal wpun antaranya job tulis artikel yg berbayar. aihhh..nasib lah sekarang dah kurang dpt offer. antara job blog yg akak suka guest post sbb copy & paste je. lps tu dpt byrn..hehe..

    BalasPadam

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Top Post Ad

Below Post Ad