Bismillah
Sedih aku nak menulis entri ni. Bulan Februari yang lalu aku dapat 4 ekor anak kucing yang diberi nama Neko, Chibi, Nino dan Kici.
Hari Ahad yang lalu dua ekor kucing aku Neko dan Chibi jatuh sakit. Dorang tak makan dan minum. Neko muntah-muntah. Diberi makan pun muntah balik. Manakala Chibi pula tidak bermaya.
Belum sempat nak rawat Neko dah mati dalam sangkar. Dan Chibi pula menyusul pagi tadi, mati di dalam kotak.
Aku hanya dapat jaga 5 bulan sahaja. Hari-hari bagi makan dan minum. Dijaga, dibersihkan bulu, dan dibelikan tempat untuk bermain.
Sepanjang aku jaga kucing. Ini kali pertama aku menangis teresak-esak ibarat baru kehilangan anak. Sedih betul. Padahal kucing saja pun.
Tetapi merekalah yang menjadi teman aku di rumah ni ketika suami bekerja. Healing aku. Sangat terasa kehilangan dorang sebab Neko dan Chibi lah yang paling nakal.
Semoga setiap perbuatan yang dilakukan sepanjang menjaga dan membela mereka dikira sebagai ibadah dan pahala.
sedihnya tu pencinta haiwan je tahu mcm mana rasa nya tu..aduhh da besar da masing2 tu..
BalasPadamAllahualbar, sedihhnya, piluu ckknur faham sb dah lalui. bila masa thn 2021 bila kehilangan 4 ekor sekaligus. mula sekor, demi seekor. kalu. mula xnk mkn minum muntah dan lemah sakit parvo sakit berjangkit. . sejzjap je meragut nyawa. last moktam pun terkena jga. piluu tak terkata Allah yg tahu
BalasPadamMemang sedih bila kucing kesayangan kita mati
BalasPadamHanya pencinta haiwan je tahu . mmg sedih kak
BalasPadamAduh!! Yang membacapun sedih inikan pula yang melaluinya.. huhuhu
BalasPadamTerima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.