Type Here to Get Search Results !

8 Punca Sakit Belakang Yang Sering Dialami Wanita


Sakit belakang adalah masalah kesihatan yang umum dialami oleh kebanyakkan orang termasuk wanita. 

Sakit belakang boleh jadi kepada wanita daripada sakit yang ringan kepada sakit yang lebih kronik sehingga mempengaruhi aktiviti harian serta kualiti hidup seorang wanita. 

Terdapat beberapa keadaan sakit belakang adalah lebih biasa dan eksklusif berlaku kepada wanita. Secara amnya, masalah berkaitan sakit belakang akan terjadi pada usia selepas menopaus – melebihi 50 tahun.

1. Disfungsi Sendi Sacroiliac

Sendi sakroiliaka menghubungkan pelvik dan tulang belakang bawah. 

Dua sendi ini terdiri daripada struktur tulang di atas tulang ekor, yang dikenali sebagai sakrum, dan bahagian atas pelvik, yang dikenali sebagai ilium. 

Sendi sakroiliaka menyokong berat badan bahagian atas ketika berdiri.

Keadaan melibatkan rasa sakit pada sendi sacroiliac (SI) yang menghubungkan bahagian bawah tulang belakang ke pelvis.

Wanita biasanya mempunyai luas permukaan sendi SI lebih kecil berbanding lelaki. Ini mengakibatkan kepekatan tekanan lebih tinggi pada seluruh sendi.

Sumber : https://www.mayoclinic.org


Tulang belakang (sacrum) juga lebih lebar, tidak rata, kurang melengkung dan lebih condong ke belakang pada wanita – yang boleh menyebabkan masalah pada sendi SI.

Disfungsi sendi SI juga boleh menyebabkan gejala seperti sciatica, selain simptom berikut:
  • Sakit pinggang bawah
  • Rasa nyeri dan menyucuk pada bahagian atas punggung
  • Sensasi sakit pada bahagian bawah paha – biasanya tidak melepasi lutut

Rasa sakit ini biasanya meningkat semasa duduk, baring mengiring pada bahagian terjejas atau semasa menaiki tangga.

2. Sindrom Piriformis

Sindrom Piriformis berlaku apabila otot piriformis mencekik saraf ischiadic anda dan menyebabkan keradangan. Ia boleh menyebabkan kesakitan atau kebas pada bahagian punggung dan belakang kaki anda. Ia boleh berlaku di satu sisi badan anda atau kedua-duanya.

Merupakan sakit yang berpunca daripada kekejangan pada otot piriformis – otot besar yang terletak jauh di bahagian punggung. Wanita lebih berisiko mengalaminya akibat hormon dan perubahan berkaitan kehamilan pada pelvis.

Piriformis syndrome sering mengakibatkan kerengsaan atau tekanan pada saraf sciatic, menyerupai kesakitan sciatica – rasa sakit, lemah, kebas dan kesemutan pada kaki.

Sumber : https://my.clevelandclinic.org


Sindrom ini boleh menyebabkan gejala seperti:
  • Kesakitan kronik pada bahagian pungung dan pinggul dan bertambah sakit dengan pergerakan pinggul
  • Rasa sakit apabila bangun daripada katil
  • Tidak boleh duduk lama
  • Sakit pada bahagian belakang paha dan kaki
Gejalanya biasa akan menjadi lebih baik apabila berbaring terlentang.


3. Osteoartritis tulang belakang

Haus dan lusuh (wear & tear) artritis (osteoartritis) pada sendi facet – sendi yang menghubungkan vertebra – adalah lebih cenderung terjadi seiring peningkatan usia dan/atau berat badan.

Osteoartritis tulang belakang menyebabkan kerosakan rawan pada sendi facet. Tanpa kusyen yang disediakan tulang rawan, tulang boleh bergesel dan mengakibatkan kesakitan.

Gejala yang mungkin berkembang adalah:
  • Sakit pada bahagian atas atau bawah belakang, pangkal paha, punggung dan paha
  • Kebas dan sakit belakang pada waktu pagi
  • Kesakitan yang teruk sekali-sekala
  • Kesakitan mungkin bertambah apabila mengalami tekanan luar dan/atau lega apabila membengkokkan tulang belakang ke depan.punca sakit belakang bagi wanita

4. Spondylolisthesis degeneratif

Berlaku apabila tulang belakang tergelincir (slips) akibat degenerasi (kemerosotan). Keadaan ini lebih kerap berlaku pada wanita selepas menopaus kerana tahap estrogen lebih rendah.

Spondylolisthesis adalah keadaan tulang belakang di mana satu vertebra tergelincir ke hadapan di atas vertebra yang di bawahnya. 

Spondylolisthesis degeneratif biasanya berlaku pada tulang belakang pinggang, terutamanya pada L4-L5. Ia adalah hasil daripada perubahan degeneratif dalam struktur vertebral yang menyebabkan sendi-sendi antara vertebrae tergelincir ke hadapan. 

Jenis spondylolisthesis ini paling biasa terjadi pada pesakit wanita yang lebih tua, biasanya mereka yang berusia lebih dari 60 tahun.

Apabila estrogen rendah, terdapat peningkatan degradasi cakera vertebra dan melonggarkan ligamen yang memegang vertebra – mengakibatkan ketidakstabilan tulang belakang.

Keadaan ini boleh mengembangkan gejala seperti:
  • Sakit belakang bawah dengan nyeri pada bahagian kaki
  • Sakit semasa berjalan, apabila saraf tunjang dimampatkan
  • Kesakitan berkurangan apabila membongkok ke hadapan.

5. Coccydynia (sakit tulang ekor)

Coccydynia biasanya terjadi disebabkan trauma dan kerap dialami wanita kerana perbezaan dalam bentuk dan sudut pelvis serta kecederaan semasa bersalin.

Sumber : https://www.thespineandrehabgroup.com


Tulang ekor berfungsi sebagai penyokong penahan berat semasa duduk. Kecederaan kawasan ini boleh menyebabkan kesakitan semasa:
  • Duduk
  • Menyandar belakang semasa duduk
  • Duduk di permukaan keras
  • Bangun daripada postur duduk
Kesakitan ini biasanya hilang secara tiba-tiba apabila anda berdiri. Anda mungkin perlu duduk dan condong ke depan atau duduk pada sebelah punggung pada satu-satu masa untuk mengelakkan rasa sakit.

6. Postur Tubuh Yang Kurang Baik

Salah satu punca utama sakit belakang adalah postur tubuh yang kurangb baik. Postur tubuh yang kurang baik akan menyebabkan posisi tubuh yang tidak optimal saat berdiri, duduk, atau melakukan aktivita seharian. 

Menurut National Institutes of Health (NIH), terdapat 2 jenis postur iaitu:
  • Statik: Bagaimana posisi tubuh badan ketika tidak bergerak
  • Dinamik: Bagaimana posisi tubuh badan ketika sedang bergerak
Postur yang bagus akan mampu menyokong sendi, otot, tendon, ligamen dan juga tulang belakang agar tidak terjejas ketika sesuatu aktiviti berjalan.

Disebabkan itu, setiap anggota tubuh badan termasuklah leher, bahu, lutut, pinggul, belakang dan lain-lain perlu dijajarkan dengan baik.

Jika tidak, maka akan berlakulah pelbagai impak negatif seperti tulang belakang bengkok (skoliosis) yang akan menjejaskan kehidupan seharian anda.

7. Kehamilan

Sakit punggung ketika hamil biasa berlaku kepada kebanyakan wanita hamil pada lewat kehamilan, terutamanya ketika trimester ketiga.

Semasa kehamilan, sistem fungsi pada pelvis anda akan mengalami perubahan untuk menyediakan anda agar mudah bayi melaluinya kelak ketika melahirkan anak.

Pengubahsuaian sistem ini akan bermula dengan pelepasan hormon secara automatik yang bertanggungjawab membuat tisu penyambung lebih lembut dan relaks.

Ini seterusnya akan mengakibatkan sendi dan ligamen antara tulang-tulang pelvis anda mula longgar dan menajadi lebih fleksibel.

Akibatnya, ia akan menyebabkan kesakitan pada bahagian bawah belakang badan, perubahan postur dan rahim akan menjadi lebih berat. Kesakitan ini adalah tidak dapat dielakkan.

8. Obesiti atau Berat Badan Berlebihan

Individu atau wanita obes juga lebih mudah untuk mengalami kesakitan pada bahagian tubuh yang tertentu. Ini termasuklah sakit belakang dan juga sakit pada bahagian sendi disebabkan beban tubuh yang berlebihan. 

Berat badan ekstra dapat memberikan beban tambahan pada tulang belakang dan menyebabkan ketegangan pada otot-otot punggung.



Sumber : 
  • https://hellodoktor.com/kesihatan-wanita/wanita-lain/punca-sakit-belakang-bagi-wanita/
  • https://hellodoktor.com/kehamilan/kelahiran-bayi/komplikasi/sakit-punggung-ketika-hamil-2/

Tags

Catat Ulasan

1 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. tqq sgt2Nurul
    info jelas
    akak tgh seach sb skrg tgh alami sakit belakang ni
    Allahuakbar

    BalasPadam

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Top Post Ad

Below Post Ad