Type Here to Get Search Results !

Canva Free Design Tool - Celebrating 10 Years of Canva

Assalamualaikum
Bismillah

Siapa sini yang suka guna canva? Aku memang sejak dari mula tahu pasal canva memang dah tak guna platfom lain dah untuk design.

Dah berapa tahun korang gunakan canva? 

Celebrating 10 Years of Canva

Kalau korang nak tahu berapa lama dah korang guna canva, korang boleh login ke Canva.com. Kemudian klik Celebrating 10 Years of Canva.

canva pro

Tak sangka dah 4 tahun guna canva. Cepat sungguh masa berlalu. 

Kelebihan Menggunakan Canva 

Canva merupakan alat reka bentuk grafik dalam talian yang sangat serbaguna, dan terdapat beberapa kebaikan dalam menggunakan platform ini:

1. Mudah Digunakan

Canva direka dengan interface yang menarik dan mesra pengguna. Ia sesuai untuk pelbagai tahap kemahiran, dari pemula hingga profesional  dalam reka bentuk. Walaupun korang tiada asas dalam graphic design, canva sangat mudah untuk digunakan.

2. Template Siap Sedia

Canva menyediakan pelbagai template siap sedia untuk pelbagai jenis projek, seperti poster, infografik, kad ucapan, media sosial, paparan media, dan banyak lagi. Ini memudahkan proses reka bentuk dan menghasilkan karya yang menarik tanpa perlu bermula dari sifar.

Korang tidak perlu susah untuk fikir nak design macam mana, hanya perlu pilih template yang disediakan dan edit mengikut kreativiti masing-masing. 

3. Pelbagai Koleksi Eleman Reka Bentuk

Selain itu, Canva juga menyediakan pelbagai elemen reka bentuk seperti imej, ikon, jenis muka, latar belakang, dan banyak lagi. Korang boleh menyesuaikan elemen-elemen ini untuk memenuhi keperluan projek reka bentuk yang diinginkan. 

Design header dan logo blog pun aku gunakan logo canva sahaja. 

4. Reka Bentuk Bersaiz Sosial Media

Canva mempunyai pilihan reka bentuk yang disesuaikan untuk pelbagai platform media sosial. Ini memastikan bahawa reka bentuk kalian kelihatan terbaik pada platform seperti Instagram, Facebook, Twitter, dan lain-lain.

Korang tidak perlu fikir tentang saiz facebook macam mana, saiz pinterest lebar berapa. Semuanya dah disesuaikan mengikut platform media sosial terkini.

5. Alatan Penyuntingan Gambar

Canva menyediakan alatan penyuntingan gambar asas, seperti pemotongan (crop), penyesuaian kecerahan/kontras (brightness/contrass), pemendekan, dan banyak lagi. Ini membolehkan korang membuat penyesuaian pada gambar sebelum menggabungkannya dalam reka bentuk korang. 

6. Kolaborasi

Canva membenarkan ahli pasukan untuk bekerjasama dalam projek reka bentuk secara dalam talian. Ini memudahkan perkongsian idea, maklum balas, dan kerjasama dalam pembuatan reka bentuk. Korang pernah tak kolaborasi dengan team canva yang lain?


7. Percuma dan Berbayar

Canva menawarkan perkhidmatan percuma serta pelan berbayar dengan lebih banyak ciri dan elemen premium. Ini membolehkan pengguna memilih pilihan yang sesuai dengan keperluan dan bajet mereka. Aku gunakan canva pro kerana memang selalu menggunakan canva. Murah sahaja.

Nak gunakan yang free boleh sahaja cuma memang design dan pilihan tempalte juga terhad. Selain itu, tidak banyak jenis font korang boleh guna.

8. Penggunaan Pelbagai Media

Selain itu, korang boleh menggabungkan pelbagai jenis media dalam reka bentuk, seperti imej, video, dan teks. Ini membolehkan korang mencipta karya yang lebih dinamik dan menarik perhatian.


Secara keseluruhan canva memang best dan memudahkan kerja-kerja design bagi content creators dan bloggers. 


Tags

Catat Ulasan

1 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Top Post Ad

Below Post Ad