Setelah diasuh untuk mengenal Allah & Rasul, latihan solat, membaca al-Quran dan mengetahui serba sedikit tentang kisah-kisah nabi, sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mengajarkan beberapa adab dan doa kepada anak-anak atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada mereka.
Doa merupakan satu pergantungan harapan agar Allah SWT sentiasa memberi perlindungan kepada kita dalam setiap gerak kerja harian kita.
DOA HARIAN UNTUK KANAK-KANAK
Semoga panduan ini dapat membantu anak-anak korang mengamalkan doa harian dengan lebih baik.
1. Doa Sebelum Makan
2. Doa Selepas Makan
Didiklah anak korang melafazkan bacaan doa sebelum dan selepas makan.
Sumber : Hadis Riwayat Abu Daud (4023), at-Tirmizi (3458), lih.Jami' at-Tirmizi (2751)
3. Doa Masuk Tandas/Bilik Air
4. Doa Keluar Tandas/Bilik Air
Keluar dari tandas atau bilik air hendaklah mendahulukan kaki kanan.
Sumber : Hadis Riwayat at-Tirmizi (7), Abu Daud (30), Ibnu Majah (300). Dianggap sebagai sahih oleh al-Hakim
5. Doa Sebelum Tidur
6. Doa Bangun Tidur
Kesimpulannya
Doa adalah tali penghubung antara manusia dengan pencipta. Doa adalah bukti bahawa kita bergantung kepada Allah SWT dalam apa jua urusan seharian kita.Orang yang sentiasa berhubung dengan Allah adalah orang yang selalu mengingatiNya, sekali gus mengingati perintahNya dan menjauhi laranganNya.
Allah menyatakan di dalam al-Quran yang bermaksud:
Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenteram — Surah Ar-Rad ayat 28
Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.