1. Permohonan GIATMARA
Permohonan program latihan sepenuh masa boleh dibuat secara online dengan mengisi BORANG ONLINE GIATMARA.2. Syarat Kelayakan
- Bumiputera.
- Sihat tubuh badan.
- Boleh membaca, menulis dan minat (3M).
- Berumur dari 15 tahun dan ke atas.
- Berminat dengan bidang yang dipohon.
- Tamat Tingkatan 5 dan berumur 18 tahun ke atas adalah syarat tambahan untuk menduduki peperiksaan kompetenan Suruhanjaya Tenaga (ST) bagi kursus Pendawai Elektrik & Penjaga Jentera Elektrik.
Senarai Kursus GIATMARA & Lokasi
Senarai kursus yang ditawarkan di GIATMARA di seluruh Malaysia adalah seperti berikut :
1. Cluster Computer & Networking Technology
2. Kluster Elektrikal
3. Kluster Elektronik dan Mekatronik
4. Kluster Fabrik
6. Kluster Hospitaliti
9. Kluster Pembuatan
10. Kluster Pengangkutan
11. Kluster Senibina
12. Kluster Creative Media
1. Borang Permohonan Mengikuti Latihan Kemahiran GIATMARA-1
Kursus Jangka Pendek GIATMARA
Kursus jangka pendek GIATMARA atau lebih dikenali sebagai Kursus Lifelong Learning (3L) adalah suatu program yang telah lama dilaksanakan di seluruh Pusat GIATMARA yang sedang beroperasi.Kursus ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan kepada masyarakat setempat berkenaan kemahiran-kemahiran yang boleh dipelajari di GIATMARA disamping menjadikan kemahiran berkenaan sebagai pemangkin untuk memberi nilai tambah dalam sosio ekonomi masyarakat bumiputera di Malaysia.
1. Syarat Kelayakan
- Warganegara Bumiputera
- Berumur 15 tahun dan ke atas
- Sihat Tubuh badan
- Berminat dengan kursus yang dipohon.
2. Tempoh Program
Kursus dijalankan antara 1 hari hingga 3 bulan bergantung kepada bidang kemahiran yang ditawarkan. Pemohon boleh merujuk tempoh pelaksanaan kursus dalam senarai kursus Jangka Pendek yang ditawarkan.
3. Kaedah Latihan
Latihan akan dijalankan secara teori dan praktikal pada nisbah 20:80. Latihan boleh dilaksanakan secara fizikal atau atas talian (online) bergantung kepada kesesuaian kursus yang jalankan.Peserta kursus akan diberikan Sijil Kehadiran untuk setiap kursus yang disertai.
4. Penyertaan Kursus
- Pemohon boleh mengenalpasti kursus dan lokasi kursus dilaksanakan .
- Pemohon boleh mengemukakan permohonan dengan melengkapkan borang yang ada pada link yang diberikan atau hadir ke Pusat GIATMARA yang berdekatan untuk mengisi borang permohonan secara manual.
- Permohonan yang lengkap akan diproses dan nama pemohon yang berjaya akan dihubungi melalui nombor telefon yang diberikan untuk penetapan tarikh kursus.
5. Yuran Penyertaan
Yuran akan dikenakan sebagaimana berikut:-- Kursus Soft Trade - RM 20.00 /peserta
- Kursus Hard Trade - RM 50.00 /peserta
Peserta yang dihubungi dan bersetuju untuk mengikuti latihan perlu menjelaskan bayaran samada secara atas talian atau fizikal sebelum kelas latihan bermula.
Peserta yang tidak menjelaskan bayaran tidak akan dibenarkan memulakan kelas dan penyertaan pemohon akan dibatalkan.
Senarai Bidang Kemahiran Ditawarkan
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
- Alamat : WISMA GIATMARA, No 39 & 41 Jalan Medan Tuanku, 50300 Kuala Lumpur, Malaysia
- Tel : 03-2691 2690
- Fax : 03-2691 2820
- Emel : webmaster@giatmara.edu.my
Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.