Type Here to Get Search Results !

Resepi Nasi Lemak Sedap & Wangi

Resepi Nasi Lemak Sedap & Wangi

1. Nasi Lemak Guna Santan Kotak

Bahan-bahan:
  • 3 tin susu – beras biasa
  • Halia – ditumbuk
  • 5 helai daun pandan – gunting pendek
  • 1 santan kotak pek kecil
  • Garam secukupnya
  • Minyak secukupnya

Cara-cara memasaknya:

1. Basuh beras dan sukat beras.

2. Letak beras tadi dalam bekas lain atau toskan. Isi periuk nasi tadi dengan air ikut sukatan beras tadi.

3. Masukkan santan satu kotak, boleh guna apa-apa jenama. Satu kotak kecil pun dah terasa lemaknya. Jangan bazirkan santan, goncang dengan air dalam periuk dan tuang balik.

4. Masukkan halia, daun pandan, garam secukup rasa.

5. Masukkan minyak masak, dalam 3 sudu besar. Fungsi minyak masak ini supaya nasi lemak akn cantik dan sebiji-sebiji, tak lembik.

Nota: Sila periksa selalu bila dan tekan suis masak nasi. Jangan masak air santan mengelegak terlalu lama. Nnati santan akan pecah dan nasi tak cantik.

6. Dah masuk ke semua bahan tadi, terus letak dalam periuk nasi. Tekan suis masak nasi seperti biasa. Beras jangan terus masuk dahulu, bila air santan dah mengelegak dan daun pandan maka wangilah nasi lemak itu nanti.

7. Bila dah mengelegak, boleh masukkan beras yang sudah tos tadi. Kemudian kira-kira 5 atau 6 minit sekali kacau atau godak semua supaya sekata dengan santan.

8. Nasi lemak guna santan kotak dah siap dimasak. Boleh dihidang dalam mangkuk lauk.

Tip Masak Nasi Lemak Guna Santan Kotak
Sumber : https://myresipi.com/

2. Resepi Nasi Lemak Utara Special

Bahan-bahan
  • 5 cawan beras Basmathi.. (basuh, rendam selama 10 minit dengan 1 sudu besar serbuk kunyit...kemudian toskan)
  • 6 cawan air
  • 1 cawan santan perahan pertama
  • 2 sudu teh garam
  • 2 helai daun pandan(carik dan simpul)
Bahan tumis
  • 1 senduk minyak masak
  • 1 biji bawang besar(hiris nipis)
  • 4 ulas bawang putih(hiris nipis)
  • Sebesar ibu jari halia(hiris nipis)
  • 2 sudu teh jintan manis(basuh dan tumbuk guna lesung batu)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 4-5 pcs bunga lawang
  • 1 sudu teh lada hitam biji
Cara-cara memasaknya :

1. Panaskan minyak.. Masukkan semua bahan tumis.. Tumis hingga bahan hiris layu dan wangi..Tutupkan api..

2. Masukkan beras yang dah ditoskan ke dalam periuk elektrik.. Masukkan air, santan, daun pandan, garam dan curahkan bahan tumis tadi(sekali dengan minyak yang kita menumis tu yer).

3. Tekan cook..biarkan masak elok.. Bila button dah naik ke atas.. Tekan sekali lagi.. Dah naik sekali lagi..barulah boleh kacau nasi perlahan-lahan. Siap untuk dihidang.

nasi lemak utara special
Sumber : Mariana Zainal  

RESEPI SAMBAL SOTONG

Bahan-bahan
  • 1 kg sotong (bersihkan dan digoreng sekejap dengan sedikit minyak untuk matikan air sotong.. Toskan)
  • 2 1/2 sudu besar membukit gula pasir
  • 2 sudu teh garam
  • 1 pcs asam keping(nak buh air asam jawa bleh ja)
  • 1 biji bawang besar(potong bulat)
  • Air jika perlu
Bahan kisar
  • 25-30 tangkai cili kering
  • 2 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 4 senduk minyak masak
  • Sedikit halia
(kisar semua bahan ini)

Carcara memasaknya :

1. Masukkan bahan kisar dalam kuali.

2. Kemudian, masukkan asam keping, garam dan gula serta bahan perasa.

3. Kacau hingga sambal betul-betul masak dan naik minyak.

4. Masukkan sotong dan bawang yang di potong bulat.. Kacau sekejap dan sesuaikan rasa.. Siap!



Tags

Catat Ulasan

3 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. baru masak weekend lepas.. yes, MA pun akan letak minyak sikit masa masak nasi lemak tu

    BalasPadam
  2. Tiba-tiba teringin nak makan nasi lemak.. kikiki..

    BalasPadam

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Top Post Ad

Below Post Ad