Berikut langkah-langkah cara dapatkan penyata akaun bank Islam menggunakan online banking Bank Islam :
Cara Semak & Dapatkan Penyata Bank Islam Secara Online
1. Pertama sekali korang log masuk akaun Bank Islam link di https://www.bankislam.biz/
2. Kemudian, klik INTERNET BANKING LOGIN (rujuk gambar). Masukkan Username dan Password.
3. Korang akan pergi terus ke halaman utama Bank Islam.
5. Klik E-STATEMENT, kemudian DOWNLOAD
6. Pilih ACCOUNT/CARD yang diingini
Nota Tambahan :1. Korang akan dapat mengakses penyata akaun terkini. Tetapi sekiranya korang memerlukan tarikh/kenyataan tertentu, sila kunjungi cawangan terdekat Bank Islam.2. Klik pada tarikh penyata untuk memuat turun ePenyata ke komputer korang. Untuk melihat penyata bank korang perlu memasang Adobe Reader dahulu.
7. Pilih bulan penyata kewangan yang ingin dimuat turun
8. Klik buka untuk melihat penyata akaun.
9. Kemudian, klik Save untuk memuat turun penyata Bank Islam korang.
Cara lain juga korang boleh Cetak Penyata Akaun Bank Islam melalui ATM. 1. Korang cuma perlu cari mesin ATM yang berdekatan. Kemudian, masukkan Kad ATM Bank Islam korang.
2. Setelah itu, masukkan PIN ATM korang. Kemudian, pilih Bank Islam.
3. Seterusnya, pilih Khidmat Penyata ⇒ Penyata Mini ⇒ Cetak
4. Sila ambil resit yang keluar untuk melihat Mini Statement Bank Islam
Untuk maklumat lanjut, korang boleh menghubungi Bank Islam Customer Service.
- Contact Centre: +603-26-900-900
- General Line: +603-2088-8000
- Email bank islam: contactcenter@bankislam.com.my
Sekiranya korang nak mempercepat Bank Islam membalas email, korang mesti menyertakan:
- No Telefon
- No Akaun Bank Islam
- No Kad Pengenalan atau No Passport
Waktu operasi Bank Islam dari Isnin sehingga Jumaat (9.00 pagi hingga 6.00 petang). Pada hujung minggu dan cuti umum, Bank Islam tidak beroperasi.
Semoga info ini bermanfaat buat semua.
Nice sharing..
BalasPadamTerima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.