Type Here to Get Search Results !

Diam Lebih Baik

Assalamualaikum
Bismillah

Zaman sekarang, zaman menyendiri lebih baik. Ulama berkata, zaman sekarang menyendiri lebih baik. Banyak berdiam, dan kurangkan berbicara. Dan banyak berdiam di rumah.

diam-lebih-baik

Kerana dunia hari ini isinya semuanya FITNAH. Khabar yang tertulis adalah BOHONG. Perkataan yang keluar daripada mulut manusia, perkataan yang BURUK.

Sehingga tidak enak untuk didengar oleh telinga seorang Muslim.

Orang hari ini lebih banyak menguruskan orang lain, sibuk hal orang lain daripada hal masing-masing.
Lebih banyak membincangkan perihal orang lain daripada muhasabah dan merenungi diri sendiri.

Sedangkan pada akhirnya ALLAH tidak akan bertanyakan dosa orang lain kepada kita melainkan ALLAH akan bertanya dosa apa yang kita buat selama di dunia.

Allah SWT berfirman :

"Telah semakin dekat kepada manusia perhitungan amal mereka, sedang mereka dalam keadaan lalai (dengan dunia), berpaling (dari akhirat).” (QS. Al-Anbiya 21, Ayat 1)

Sabda Rasulullah SAW:

بَادِرُوا بِالْأَعْمَالِ فِتَنًا كَقِطَعِ اللَّيْلِ الْمُظْلِمِ؛ يُصْبِحُ الرَّجُلُ مُؤْمِنًا وَيُمْسِي كَافِرًا، أَوْ يُمْسِي مُؤْمِنًا وَيُصْبِحُ كَافِرًا، يَبِيعُ دِينَهُ بِعَرَضٍ مِنَ الدُّنْيَا

Maksudnya: Hendaklah kamu bersegera melakukan amalan-amalan sebelum datangnya fitnah-fitnah ibarat kepingan-kepingan malam yang gelap gelita. Hal ini menjadikan seseorang lelaki beriman pada waktu pagi dan kufur pada waktu petang, atau beriman pada waktu petang dan kufur pada waktu pagi. Ini kerana dia menjual agamanya dengan sedikit mata benda dunia. Riwayat Muslim (169), al-Tirmizi (2121), Ahmad (11056) dan al-Tabarani dalam al-Ausat (2881)

Semoga Allah SWT memelihara lidah kita daripada mengucapkan perkataan yang tidak baik. Wallahua’lam

Catat Ulasan

1 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Saya memang lebih sering traveling, jarang di rumah. tapi pada dasarnya, saya tak suka ikutan ghibah membicarakan orang lain. Takutnya malah bergosip yang jatuhnya bisa fitnah .

    Jadi dalam hal begitu, saya memang hindari, kalo pun teman mengajak nak ghibah, saya pun hanya memilih diam, atau kluar dari percakapan kalau bisa ☺️

    BalasPadam

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Top Post Ad

Below Post Ad