Bismillah
Doa dianggap sebagai salah satu senjata atau kekuatan bagi umat Muslim. Berdoa adalah salah satu cara untuk meminta perlindungan dan petunjuk Allah dalam segala aspek kehidupan termasuk ketika melakukan perjalanan.
Mendahului sesuatu perjalanan dengan membaca doa naik kenderaan ini sesuai dengan Firman Allah SWT dalam Al-Quran:
Maksudnya : “Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina” (Al-Ghafir: Ayat ke 60)
Bacaan doa ini juga merupakan satu bentuk pengharapan kepada Allah SWT agar perjalanan kita sentiasa dilindung dan diredhai.
Bacaan Doa Naik Kenderaan
Berikut adalah beberapa doa yang boleh dibaca oleh seorang Muslim atau Muslimah ketika naik kenderaan, baik di jalan raya, laut, atau udara.
Sebelum memulakan perjalanan, kita digalakkan membaca doa seperti berikut:
Bacaan Doa Naik Kenderaan Laut / Udara
Sebelum memulakan perjalanan, kita digalakkan membaca doa seperti berikut:
Doa Naik Kenderaan oleh Omar & Hana
Bagi yang sukar menghafal doa di atas, korang boleh belajar menghafal dengan bersama-sama menonton video Omar & Hana.
Doa Bila Sampai Destinasi
Setelah sampai destinasi, disunatkan untuk membaca doa berikut:
Alhamdulillahil ladzi sallamani wal ladzi awani wal ladzi jama’asy syamla bi
Maksudnya: Segala puji bagi Allah, yang telah menyelamatkan aku dan yang telah melindungiku dan yang mengumpulkanku dengan keluargaku.”
Doa lengkap naik kenderaan
Bismillahi walham dulillah. Subhana alladhi sakh khara la na hadha wa ma kunna la hu muqrinin. Wa inna ila Rabbi na la munqalibuun. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Allahuakbar Allahuakbar. Subha nakallahumma inni zolamtu nafsi faghfirli fainnahu la yagh firuzzunu ba illa anta
Maksudnya: “Dengan nama Allah. Segala puji bagi Allah. Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum ini tidak terdaya menguasainya. Sesungguhnya kepada Tuhan kamilah kami akan kembali. Segala puji bagi Allah, Segala puji bagi Allah, Segala puji bagi Allah. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Maha Suci Engkau, aku telah menzalimi diriku. Ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampunkan dosa melainkan Engkau.”
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada korang semua.
Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.