Bismillah
Lirik Lagu Buah Hati Oleh Armada
Untukmu yang telah lama ditunggu
Lagu ini tercipta untukmu
Tatapanmu
Sentuhanmu
Bahagiaku
Tuhan telah menjawab doaku
Kau hadir menyejukkan hatiku
Kau anugerah yang terindah
Di hidupku
Sehatlah kau selalu
Bahagialah selalu
Bersyukurlah selalu
Sayangku
'Kan kujaga oh dirimu hingga tua nanti
'Kan kusayangi
Kulindungi dari kerasnya dunia
'Kan kujaga oh dirimu hingga tua nanti
Itu tugasku
Kau buah hatiku
'Kan kujaga oh dirimu hingga tua nanti
'Kan kusayangi
Kulindungi dari kerasnya dunia
'Kan kujaga oh dirimu hingga tua nanti
Itu tugasku, kau buah hati
Oh, dirimu hingga tua nanti
'Kan kusayangi
Kulindungi dari kerasnya dunia
'Kan kujaga oh dirimu
Itu tugasku, tanggung jawabku
Itu tugasku, kau buah hatiku
Dalam banyak lagu, lagu ini antara lagu yang paling menyentuh hati aku. Setiap kali pasang lagu nie memang tak tahan air mata nie pasti jatuh.
Setiap pasangan yang dah berkahwin pasti mengimpikan untuk mendapat cahaya mata. Kita tahu anak itu adalah kurniaan dari ALLAH. Rezeki dari Allah. Siapa yang tidak mahu seorang permata yang lahir dari rahim sendiri.
Dulu masa bujang, pernah terfikir kalau dah kahwin, takda pun takpa belum rezeki. Tetapi bila dah kahwin, boleh dikatakan setiap bulan memang menangis bila tengok satu line.
Tak sangka perjalanan untuk dikurniakan cahaya mata tu ujian bagi kami pasangan suami isteri. Kadang terfikir macam manalah pasangan yang menanti 5 tahun, 10 tahun tu ya. MasyaAllah kuat dan tabah hati mereka.
Usia perkahwinan yang baru mahu masuk 2 tahun nie pun dah berendam air mata setiap bulan.
Kadang lihat orang lain siap bandingkan orang yang tiada anak dengan ada anak. Ujian orang yang anak satu dengan anak ramai dan pelbagai ragam lagilah.
Tapi itulah masing-masing punya ujian dalam rumahtangga. Kita bukan berada di dalam kasut orang tu. Saiz kasut kita tidak sama dengan orang lain. Kemampuan kita tidak sama dengan orang lain. Dan rezeki kita tidak sama dengan orang lain.
Hidup ini ujian. Susah atau senang itu ujian. Aku sentiasa percaya semuanya berlaku dengan izin Allah. Andai tiba masanya pasti akan ada juga.
Semoga Allah kuatkan hati kami untuk sabar dan selalu bersyukur.
singgah sat ^^ dari http://www.thefox.my/
BalasPadamTerima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.