Type Here to Get Search Results !

POPULAR Bookstore di Paradigm Mall Johor Bahru

Assalamualaikum
Bismillah

Lamanya tak pergi Kedai Buku Popular. Kali terakhir pergi kedai buku rasanya sebelum graduate tahun 2018. Jadi blogger sepenuh masa banyak habiskan masa dalam rumah. Sekali sekala sahaja keluar untuk ambil angin dan segarkan fikiran.

Beberapa bulan kebelakangan ini memang struggle juga nak kekalkan momentum menulis blog dari segi pageviews dan income. Banyak sangat perubahan dunia internet. Ramai blogger beralih ke tiktok dan jadi content creator. 

Dan aku masih di sini menulis. 

Selepas aku dan suami dating di Hutan Bandar, Johor Bahru, kami terus ke Paradigm Mall. Kami menonton wayang Gran Turismo since suami minat sangat dengan motorsport. 

Movie tu based on true story dan cerita pun straight to the point. Memang banyak racing. Yang tak minat cerita pasal kereta pun boleh faham juga.

Dah tengok wayang aku terus ajak suami ke POPULAR Bookstore sebab dah lama sangat nak pergi cuma tiada kesempatan masa lagi. 

POPULAR Bookstore di Paradigm Mall Johor Bahru

POPULAR Bookstore di Paradigm Mall Johor Bahru

Seriously memang rindu sangat nak masuk kedai buku selain Watson, Guardian dan Kedai Eco hahaha. Sekarang ni dah pelbagai jenis barangan dan produk dijual di kedai buku. Bukan sahaja buku, aksesori seperti speaker, pendrive, peralatan tulis, dan printer pun ada. 

Malah dah upgrade siap jual produk makanan lagi. Dan paling menarik perhatian aku sudah tentulah bahagian Animation. Dulu jual manga komik sahaja. 

Sekarang dah ada penambahan jualan Animation DVD dan KPOP Album di Kedai Buku Popular. 

POPULAR Bookstore di Paradigm Mall Johor Bahru

Dah lama sangat tinggalkan dunia mengumpul koleksi bahan bacaan. Mungkin tahun ini kena mulakan balik hobi membaca macam dulu. 

Member card popular pun dah expired tahun 2018. Nak renew pun jarang juga dapat jalan ke Johor Bahru. Nanti kalau dah mula enjin membaca balik baru renew lah. 

Setiap kali masuk kedai buku confirm bawa balik barang. Banyak sangat jualan murah, kebetulan pergi masa MERDEKA SALE.

POPULAR Bookstore di Paradigm Mall Johor Bahru

Inilah hasil shopping di kedai buku tadi. Suami beli Multi-angle Car Holder (RM32.00), aku pula beli Coloring Books For Therapy (RM22.00) dan Stabilo Swan Arty 36 Colored Pencils (RM36.00).

Bagi yang berminat ke kedai buku jangan lupa singgah di POPULAR Bookstore@Paradigm Mall Johor Bahru.

Lokasi Alamat : Lot 3F-66, 3rd Floor, Paradigm Mall, Skudai Lbh, Taman Bukit Mewah, 81200 Johor Bahru.

Catat Ulasan

2 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Tiap kali liburan ke Malaysia, saya selalu cari popular. Saat masih kuliah di Penang, popular ini tempat saya untuk cari buku2 kuliah yg diperlukan dan untuk cari novel Malaysia 😄.

    Soalnya terkadang sayabtak paham teman Malaysia saya cakap apa, apalagi kalo terlalu cepat. Jadi untuk mengerti istilah non formal dari bahasa Melayu, saya suka beli novel lokal. Dari situ saya belajr banyak istilah yg jarang saya dengar. Kalo ada yg tak paham, saya tanya teman Melayu. Makanya sekarang ini saya lebih paham teman Melayu cakap apa walopun kadang cepat bicaranya 😄

    Dan buku bahasa inggris di popular juga murah. Di Indonesia buku berbahasa Inggris mahaaal, karena kena tax tinggi. Makanya saya lebih suka beli di Malaysia.

    Tapi sedih, juli kemarin ke Penang, popular ini dah tak ada di komtar. 😔

    BalasPadam
  2. Last Cuya pergi kedai buku, tahun 2022 rasanya... Tapi takde beli buku, sebaliknya beli yogurt dalam botol susu sebab ada viral kat tiktok. Sebab sekarang dah terbiasa beli buku online je , lagi murah sebenarnya. Dan faktor lain pulak disebabkan takde orang nak bawa Cuya pergi kedai buku.. Sedih kan?

    Next time CUya nak singgah kedai buku kalau ada rezeki..

    BalasPadam

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Top Post Ad

Below Post Ad