Surat Ar-Rum Ayat 21
Fitrah saling melengkapi Allah SWT menjadikan lelaki dan wanita saling memerlukan dan lengkap-melengkapi antara satu sama lain. Ibarat antara siang dan malam.
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (Surah Ar-Rum 30:21)
Ibnu Abbas memberi pengertian yang indah mengenai mawaddah dan rahmah. Katanya, mawaddah ialah cinta seorang lelaki kepada isterinya dan rahmah ialah perasaan belas kasihan jika pasangannya ditimpa sesuatu musibah.
Firman Allah SWT: "Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu)." (Surah an-Nisa' 4:19)
Mujaddid dan ulama besar India, Syah Waliyullah Al Dahlawi menyebut tiga makna bergaul dengan baik iaitu menyediakan makanan dan pakaian serta berinteraksi dengan baik.
Muhammad Abduh menjelaskan antara bentuk interaksi yang baik ialah berbicara dengan baik, mendengar segala keluhan dan masalah isteri, bergurau, memahami perasaan dan mengungkapkan kata-kata romantik.
Nota Ringkasan :
MasyaAllah, dulu sebelum berkahwin aku selalu baca tentang ayat ini setiap kali mendapat undangan perkahwinan.
Apabila sudah berkahwin dan mempunyai suami, ayat ini begitu besar maknanya buat aku dan suami. Selain kita mendapat ketenangan dari membaca dan mendegar ayat al-Quran, beribadah dan berzikir, pasangan adalah ketenangan kita.
Hanya dengan melihat pasangan kita saja pun sudah dapat pahala. Bukan itu sahaja, kadang isteri lelah dengan pekerjaan di rumah, suami lelah dengan pekerjaan mencari nafkah.
Balik rumah nampak suami pun sudah cukup menghilangkan semua lelah tersebut. Suami balik rumah melihat isteri tersenyum menyambut di hadapan pintu saja pun sudah menghilangkan separuh keletihannya.
Dan aku sendiri merasainya, ketenangan apabila berada dekat dengan suami. Setiap kali kami duduk bersama-sama pasti akan meluahkan rasa syukur kepada Allah kerana dengan rahmatNya kami dapat merasa semua ini.
Kami masing-masing punya kekurangan, ada ketika terjadi salah faham tetapi mengingatkan bahawa kami sama-sama mahu ke syurgaNya, dengan izin Allah semuanya dipermudahkan.
Ayar ini sangat memberi makna kepada perkahwinan kami. Semoga perkahwinan ini sentiasa dalam redha dan rahmat Allah SWT. Aamiin.
Rujukan :
- Surah Ar-Rum 30, Ayat 21 : https://quran.com/ms/30
- Surah An-Nisaa 4 Ayat 19 : https://quran.com/ms/4
- Berita Harian : https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2015/08/77835/hikmah-al-quran-isteri-bagaikan-bidadari
Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.