Bismillah
Kebelakangan ini aku dan suami kerap cari permainan yang boleh dimain dalam rumah. Mungkin sebab dah bosan dengan rutin harian. Kadang nak berjalan pun banyak keluar modal haha. Nak kena isi minyak, makan luar dan nak spent masa pun tak lama.
Sebulan 2-3 kali saja kami keluar dari Pontian ambil angin dan ngedate. Tak boleh terlalu kerap. Haha. Masa jalan ke Econsave, entah macam mana aku dengan suami sama-sama boleh baca fikiran untuk beli permainan.
Aku beli congkak, suami pula beli chess. Kalau ada masa senggang tu kami akan bermain sama-sama untuk test siapa lagi champion main games. Suami lebih mahir main dam, manakala aku pula lebih mahir main congkak.
Dulu masa di UMS pernah menyertai pertandingan congkak dan dapat Naib Johan permainan congkak.
Tadi pula kami keluar beli barang di Supermarket Bajet. Kemudian ternampak pula Anime 1000 Pieces Jigsaw Puzzle. Memang excited lah membeli. Aku beli One Piece Jigsaw Puzzle dan Spirited Away by Studio Gibli Jigsaw Puzzle.
Aku dan suami memang minat sangat anime. Cuma aku minat lebih sikit hehe. Memang rezeki kami dapat beli anime jigsaw puzzle nie RM10 sahaja. Kalau tengok online di shopee lagi mahal.
Kepentingan Bermain Jigsaw Puzzle
Bermain Jigsaw Puzzle adalah aktiviti yang memberikan banyak manfaat kepada individu dari pelbagai peringkat umur. Antaranya ialah :1. Meningkatkan Kemahiran Daya Penyelesaian Masalah
Pertama sekali, bermain Jigsaw Puzzle memerlukan pemikiran kreatif dan penyelesaian masalah. Pemain perlu mencari dan menghubungkan bahagian-bahagian puzzle yang sesuai untuk membentuk imej keseluruhan. Ini membantu meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah dan analitikal.
2. Meningkatkan Daya Tumpuan
Kedua, untuk menyelesaikan puzzle dengan berkesan, pemain perlu memberikan perhatian kepada setiap bahagian puzzle dan terus fokus. Ini membantu meningkatkan kemampuan konsentrasi dan kesabaran untuk menyiapkan cebisan puzzle.
3. Memperbaiki Koordinasi Mata dan Tangan
Ketiga, bermain Jigsaw Puzzle melibatkan pergerakan tangan iaitu motor halus dan mengendalikan mata untuk melihat dengan teliti dan memasangkan bahagian-bahagian puzzle. Ini membantu meningkatkan koordinasi mata dan tangan.
4. Merangsang Minda
Keempat, aktiviti ini merangsang otak dan membantu meningkatkan keupayaan berfikir secara kritis. Pemain perlu merancang strategi untuk menyelesaikan puzzle, mengenal bentuk, corak, serta warna.
5. Meningkatkan Kepuasan Bermain
Selain itu, manfaat kelima apabila pemain berjaya menyelesaikan puzzle, ia memberikan rasa kepuasan dan pencapaian. Ini dapat meningkatkan keyakinan diri dan motivasi untuk mengejar matlamat lain.
6. Mengurangkan Stres
Keenam, bermain Jigsaw Puzzle boleh menjadi aktiviti yang santai dan membantu mengurangkan stres. Ia mengalihkan perhatian dari masalah sehari-hari dan memberi peluang untuk melepaskan tekanan.
7. Meningkatkan Hubungan Sosial
Ketuju, bermain Jigsaw Puzzle juga boleh menjadi aktiviti sosial apabila dimainkan dalam kumpulan. Ini membolehkan individu berkongsi pengalaman, bekerjasama, dan memperkuat hubungan sosial.
8. Hiburan Pendidikan
Seterusnya, Jigsaw Puzzle sering kali mempunyai tema yang pelbagai, termasuk lukisan terkenal, landskap alam, haiwan, dan banyak lagi. Ini memberi peluang kepada pemain untuk belajar tentang pelbagai subjek sambil bersenang-senang.
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, bermain Jigsaw Puzzle adalah aktiviti yang bermanfaat untuk perkembangan mental, emosi, dan sosial individu. Ia boleh menjadi hiburan yang mendidik dan memberikan pelbagai kepentingan positif kepada pemain.
Dan aktiviti ini bukan sahaja boleh dilakukan bersama pasangan bahkan boleh bermain bersama-sama dengan seisi keluarga.
Suka jugak tapi lama dah tak try pasang puzzle..
BalasPadamSaya ada 5 kotak 1000 pieces puzzle ini. Tapi baru 1 yg selesai. Itupun karena bagian belakangnya ada petunjuk secara abjad di part mana dia harus dipasang.
BalasPadamPuzzle yg 1 lagi baru setengah terpasang, kucing saya pula acak2 dan beberapa potong sisanya, masuk ke belakang lemari 🤣🤣🤣. Dah lah saya nyerah. Main ini memang tak bisa ada gangguan, dan kalo bisa di atas meja yg besar biar kalo tak selesai dlm waktu dekat bisa lanjut lagi. Kalo main di lantai, pusing nak bereskan 😂😂
last cuya main puzzle masa sekolah rendah rasanya...
BalasPadamtu pon dh tak menjadi puzzle..dah buang kot haha
Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.