Type Here to Get Search Results !

Google Algorithm Update October 2023

Assalamualaikum
Bismillah


Google telah kemaskini algoritma terbaru yang iaitu October 2023 Core Update. Ini adalah kali ketiga Google Algoritma dikemaskini pada tahun ini. Sebelum ini pada bulan Mac dan Ogos. 

Perubahan dijangka akan mengambil beberapa minggu untuk diselesaikan. Adalah normal untuk mengalami penurunan atau peningkatan dalam ranking carian semasa tempoh ini.

Google-Algorithm-Update


Seriously, aku sendiri pun susah nak follow up dengan google algorithm sekarang sebab kejap saja berubah. Baru nak catch up dengan subjek SEO 2023 dah kena tukar lagi balik silibus baru. Haha

Perubahan untuk Helpful Content, Reviews System dan Spam Update ni masih boleh diterima lagi sebab dia tak memberi kesan sangat kepada kedudukan blog di enjin carian. 

Google biasanya melancarkan beberapa kemas kini sepanjang tahun untuk meningkatkan kualiti carian dan menghalang percubaan untuk memanipulasi sistemnya. Cuma masalahnya tak sampai 2 bulan dah berubah lagi balik.

Google Algorithm Update

Google Algorithm Update October 2023

Apa yang perlu diambil perhatian sepanjang perubahan dalam Google Algorithm ini?

1. Impak Pageviews dan Ranking

Kemaskini algorithm baharu akan menyebabkan fluktuasi dalam blog atau website yang mana beberapa laman mungkin mengalami perubahan yang ketara manakala yang lain mungkin tidak terjejas.

2. Pemulihan (Audit Blog)

Sekiranya blog mengalami penurunan ranking selepas kemaskini core update, korang kena analisis perbezaan sebelum dan selepas kemaskini algorithm agar dapat mengenalpasti apa yang perlu diperbaiki. 

3. Kandungan Artikel Yang Berkualiti

Google dah tak macam dulu dah. Google sekarang sangat menekankan kepentingan kandungan yang berkualiti tinggi, relevan, dan memberi manfaat. Laman web yang secara konsisten menyediakan maklumat yang membantu pengguna lebih cenderung untuk kekal atau meningkat kedudukannya.

4. Pengalaman Pengguna (User Experience)

Pengalaman pengguna adalah penting untuk menentukan kedudukan blog atau laman web. Faktor seperti kelajuan blog, mobile friendly atau navigasi yang memudahkan pengguna sangat mempengaruhi bagaimana Google menilai keseluruhan blog atau website.

5. Expertise, Experience, Authority, and Trustworthiness (E-E-A-T):

Google mengambil kira kecekapan, pengalaman, autoriti, dan kebolehpercayaan penulis blog. Menetapkan kredibiliti dan menunjukkan kecekapan dalam bidang tertentu boleh memberikan pengaruh positif pada peringkat. 

Tips Daripada Google Berkenaan Google Algorithm


Apa yang korang perlu buat sekiranya blog terkesan dengan perubahan algoritma ini? Ini aku ringkaskan berdasarkan nasihat daripada Google sendiri :

1. Kemaskini artikel lama dengan menambah info atau fakta baru. 

Sebagai contoh artikel berkenaan Pendaftaran MySPP (2020) dah tak relevan lagi kerana spp telah mengemaskini laman versi baharu. Jadi aku kena update lagi balik artikel baru atau tambah info dalam artikel lama. 

2. Kandungan memberikan penerangan yang mencukupi, lengkap atau komprehensif tentang topik tersebut.

Ini bermaksud kandungan artikel yang kita tulis sebaik-baiknya dihuraikan dengan lebih jelas dan terperinci. Sebagai contoh, kita nak kongsikan tentang Jerebu dan Kesan Kepada Kesihatan. 

Macam kita buat karangan ada pengenalan, lima atau 10 kesan jerebu dan sedikit info pengalaman yang kita alami supaya artikel nampak menarik dan mempunyai keunikan kita tersendiri. 

Hal ini demikian kerana semua orang boleh saja buat artikel tentang 'jerebu dan kesan kepada kesihatan'. Even kalau kita Google kebanyakkan konten hampir sama saja seperti :
  • Apa itu jerebu
  • Faktor dan kesan
  • Langkah mengatasi jerebu
Cuma bezanya kita mungkin boleh selit sedikit pengalaman kesan jerebu kepada aktiviti harian dan kesihatan kita. 


3. Kandungan artikel memberikan maklumat menarik yang melebihi pengetahuan umum.

Selain fakta, Google lebih mengutamakan kandungan artikel yang memberikan infomasi baharu. Sebagai contoh, tidak sama artikel yang senaraikan tempat yang menarik di Sabah dengan pengalaman pergi ke tempat yang disenaraikan itu sendiri. 

Orang yang tak pernah pergi dia cuma harapkan gambar dari online untuk buat konten, sedangkan orang yang merasai pengalaman itu sendiri dapat ambil lebih banyak gambar. 

Bahkan mungkin apa yang di'review orang lain tidak sama dengan pengalaman kita sendiri. Orang lain beli bunga kat kedai A di Kundasang, kita mungkin beli bunga di kedai B.

4. Menulis semula artikel daripada sumber lain dengan menambah nilai keaslian idea.

Aku rasa Google dah penat sangat dengan artikel yang copy paste dan akhirnya letak kredit kepada sumber asal tanpa menambah nilai idea agar terlihat bahawa artikel tersebut aslinya kita yang tulis.

Kadang aku sendiri pun copy paste juga cuma sekurang-kurangnya tambah sedikit ayat yang ditulis sendiri. 

5. Tajuk artikel menyediakan ringkasan deskriptif 

Untuk blogger, penting sangat mengisi bahagian Search Description di sebelah kanan sidebar. 


6. Elakkan mengunakan tajuk yang berlebihan, mengejutkan dan click bait.

Bermaksud bahawa tajuk atau judul tersebut tidak menggunakan pendedahan yang terlalu dramatik, provokatif, atau berlebihan dalam cuba menarik perhatian pembaca. 

Sebaliknya, tajuk tersebut cenderung memberikan gambaran yang seimbang dan informatif tentang kandungan yang terdapat di dalamnya. 

Tajuk yang tidak berlebihan atau mengejutkan biasanya lebih dapat dipercayai dan menarik kepada pembaca yang mencari maklumat yang jujur dan berwibawa.

Sebagai contoh :
  • Tajuk yang berlebihan : "Berita Gempar : Gempa Bumi Mematikan Akan Menghancurkan Dunia!"
  • Tajuk yang tidak berlebihan: "Peringatan Penting: Potensi Ancaman Gempa Bumi"

7. Konten yang kita mahu simpan, bookmark dan syorkan kepada rakan

Apa yang aku faham Google inginkan kandungan tersebut memberikan nilai atau maklumat yang sangat berguna dan bermakna sehingga anda ingin menyimpannya, berkongsi ia dengan rakan-rakan atau mengesyorkannya kepada orang lain. 

Jika halaman tersebut memenuhi kriteria ini, maka ia dianggap bernilai dan berguna dalam konteks maklumat atau hiburan yang disampaikannya.

Ini tidak bermaksud kita tidak boleh kongsi personal stuff di blog kita. Cuma artikel itu mungkin tidak mendapat kedudukan dalam enjin carian sahaja. 

8. Kandungan yang dirujuk oleh majalah cetak, ensiklopedia atau buku

Untuk mencapai standard kualiti dan kebolehpercayaan yang tinggi, Google menilai bahawa kandungan tersebut boleh dianggap sebagai sumbangan penting dalam bidangnya dan sesuai untuk disimpan dalam format cetak yang lebih tradisional seperti majalah, ensiklopedia, atau buku.

Bagi aku yang blogger biasa-biasa nie nak capai ke tahap itu rasanya belum lagi kot. Dan tidak pernah terfikir untuk sampai ke tahap macam tu. Tetapi sekiranya korang ingin mencubanya apa salahnya. Manalah tau kan salah satu artikel kita berjaya dibukukan atau dicetak. 


Kesimpulannya

Apa yang aku boleh ringkaskan di sini, Google mementingkan kualiti dalam kandungan artikel untuk menilai sesuatu halaman agar dapat menentukan kedudukan website tersebut. 

Mungkin disebakan oleh kemunculan Artificial Intelligent seperti Chatgpt memberi impak besar terhadap Google. Ramai je sebenarnya yang buat artikel menggunakan Chatgpt dan sekarang Google dah ada alat yang boleh mengesan kandungan artikel yang ditulis oleh AI. 

Sebagai blogger sepenuh masa sejujurnya perubahan-perubahan ini sangat memberi kesan kepada blog. Algoritma Google boleh memberi kesan yang signifikan kepada penulis dan kandungan yang dihasilkan. Ini akan memaksa penulis untuk menyediakan artikel yang berkualiti dangan infomasi yang relevan.

Selain itu, penulis perlu memahami teknik SEO untuk membantu supaya artikel muncul di hasil carian Google. Ini termasuk penggunaan kata kunci yang relevan, struktur laman web yang baik, dan pengoptimuman kandungan untuk pengalaman pengguna yang baik. 

Algoritma Google akan mengambil kira faktor-faktor ini dalam menilai ranking laman web. Bukan senang nak belajar dan hadam SEO ni. Setiap kali ada perubahan baru nak tak nak kena catch up juga dengan silibus baru ni. 

Bukan itu sahaja, kandungan yang kontroversi atau mengandungi maklumat yang salah atau tidak tepat boleh mendapat penalti dalam ranking Google. Oleh sebab itu, penulis perlu berhati-hati untuk memastikan kandungan artikel tidak melanggar panduan Google.

Aku cuma berkongsi sahaja, semoga bermanfaat buat semua. 


Catat Ulasan

4 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Kalo saya perhatikan, algoritma Google ini memang berubah2, tapi 1 yg tak pernah berubah hanya kualitas konten. Karena itu saya berusaha fokus kesana tiap kali menulis. Krn memang Niche blog saya hanya traveling based on my own experience, jadi saya berusaha utk menuliskan sedetil mungkin. Lain2nya dah laaah, pusing kalo dilihat sangat. 😁

    BalasPadam
  2. Susah juga ya kalau selalu ada perubahan. Sentiasa kena up to date je dengan ilmu baru

    BalasPadam
  3. thanks atas pendedahan yang detail ini... boleh follow ni...

    BalasPadam
  4. Saya rasa macam nak masuk kelas je awak, hehee.

    BalasPadam

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Top Post Ad

Below Post Ad