Bismillah
Aku dah lama plan nak hantar barang ke Sabah cuma belum ada kesempatan lagi. Dan setelah siap packing barang, aku pun carilah kat Google nak pos barang guna servis yang mana.
Mulanya aku nak gunakan perkhidmatan J&T, tetapi suami cari J&T tak jumpa pula. Nampaknya J&T Ekspress di Pontian dah berpindah tempat.
Jadi aku buat keputusan untuk hantar barang menggunakan Citylink sebab paling dekat dengan rumah. Tetapi aku tak jadi sebab pertama staff dia kurang friendly. Aku tanya dia jawab sepatah saja. Senyum pun tidak. Aku tahulah waktu tu dah petang dan nak balik. Cuma layanan tu hmm..
Jadi aku buat keputusan untuk hantar barang menggunakan Citylink sebab paling dekat dengan rumah. Tetapi aku tak jadi sebab pertama staff dia kurang friendly. Aku tanya dia jawab sepatah saja. Senyum pun tidak. Aku tahulah waktu tu dah petang dan nak balik. Cuma layanan tu hmm..
Selain itu, harga pos barang Citylink Express untuk penghantaran ke Sabah mahal sangat. Aku memang tahu mahal kalau hantar barang ke Sabah cuma mungkin sebab pekerja dia kurang friendly jadi aku rasa mahal dari biasa. Hahaha
Then, aku pun bagitau suami nak pos guna POSSTORE saja sebab memang hari tu lagi nak menggunakan servis Posstore.
Kredit to Google Maps
POSSTORE Pontian | Pengalaman Hantar Barang ke Sabah
Impression kali pertama masuk Posstore, aku rasa selesa dengan cara layanan pekerjanya. Staffnya sangat ramah dan menjawab semua persoalan dengan sabar.
Aku sebenarnya nak tanya harga untuk penghantaran ke Sabah saja sebab nak bandingkan harga dengan pos yang lain.
Harga Pos Barang ke Sabah POSSTORE (2023)
Untuk barangan elektornik dan cecair tidak dibenarkan.
Jadi sebaik-baiknya korang bawa barang ke Posstore dahulu sebelum packing barang. Nak wraping barang boleh, cuma pastikan barang tu dorang boleh nampak.
Dan sekiranya nak kos yang lagi murah, korang disarankan untuk guna kotak kecil sahaja. Harga pos ikut berat dan saiz kotak. Jadi semakin berat dan besar kotak, semakin mahal kos penghantaran yang dikenakan.
Harga pos barang ke Sabah untuk barang yang aku nak pos tu sebanyak RM131 (berat 9kg) untuk pos express. Tetapi since barang yang nak dihantar pun tak urgent, aku pilih penghantaran by sea sahaja iaitu sebanyak RM67.
Cuma tempoh penghantaran mengambil masa yang agak lamalah untuk sampai. Yang penting bagi aku selamat sampai.
Secara kesimpulan, aku suka menggunakan servis Posstore Pontian kerana pekerjanya peramah, menjawab semua soalan aku dengan baik dan jelas. Dari segi penghantaran pula memang sedia maklum barang akan lambat sampai sebab aku memilih penghantaran kapal laut.
Sejujurnya yang buat aku pilih Posstore sebab cara layanan staff tu saja. Kita kalau dah duduk kaunter kenalah layan customer dengan baik. Aku bukannya cakap kasar pun. Just tanya saja kot.
Mungkin korang ada pengalaman lain lagi dari aku. So far aku suka dengan servis penghantaran Posstore.
Lokasi POSSTORE Pontian
Lokasi Posstore terletak berhadapan dengan Terminal Pengangkutan Awam Pontian dan bersebelahan dengan DHL Ecommerce serta Skynet.
Untuk maklumat lanjut :
- Alamat : 11G, Jalan Delima 4, Pontian Kecil, 82000 Pontian, Johor
- Masa operasi : Isnin - Jumaat (9.00 pagi - 6.00 petang) Ahad - TUTUP
- Telefon : 017-7357780
Sekiranya korang ingin mengetahu lokasi barang boleh semak Track Posstore Shipments.
Saya pun kalo dah ketemu staff yg tak ramah macam tu, padahal itu sudah tugas dia untuk menjawab pertanyaan customer, langsung tak nak pakai jasa mereka. Cari lain. Terkadang service yang ramah, walo mungkin customer hanya nak bertanya tanpa pakai jasa mereka, tapi cukup membuat customer merasa dihargai. Dan bisa jadi selanjutnya akan setia jadi pelanggan.
BalasPadamHantar barang keluar pula nih memang mahal 😄. Saya pun pernah kirim barang dari Jakarta ke Papua, ya Allah, rasanya lebih mahal biaya kirim dari harga barang 🤣🤣🤣
Hi Cik Nurul, ni pengalaman saya menggunakan servis posstore ni sangat cepat penghantarannya walaupun ianya sedikit mahal tapi masa PKP dulu la.. Skrg posstore yang berdekatan dah tutup & tidak beroperasi lagi. So guna servis penghantaran JNT jer lepas tu... :)
BalasPadamTerima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.