Bismillah
It's been a while. Dah lama tak update sebab aku dah masuk 10 hari di Sabah. Back to my hometown! Perasaan balik bercampur baur.
Ini kali pertama aku balik sendiri ke Sabah tanpa suami.
Aku gembira sebab dapat balik tetapi dalam masa yang sama sedih sebab tak dapat balik bersama-sama dengan suami.
Plan nak balik Sabah dah lama sebab adik lelaki aku nak konvo. Oleh sebab itulah aku balik. Walaupun pada asalnya nak balik pada hari raya tahun depan.
Kita hanya merancang, Allah juga yang menentukan apa yang terbaik.
Akhirnya setelah berbincang dengan suami. Aku pun balik walaupun berat hati nak balik sendiri.
Penerbangan aku dari Johor ke Kota Kinabalu semuanya berjalan lancar. Cuaca pada masa itu juga baik walaupun bergerak dari Pontian kelihatan mendung mahu hujan.
Dah lama tak naik kapal terbang, rasa bimbang dan takut pun ada.
Malam tu aku packing barang pakaian. Tak banyak juga nak bawa. Cuma 1 luggage dan beg besar sahaja.
Aku beli Set Travel Organizer Bag ni di Shopee. Set 7 in 1 memang best kalau nak packing barang. Nampak kemas dan tersusun. Nak bawa banyak baju pun boleh.
Termenung tengok tiket ni sebab macam tak percaya nak balik Sabah. Sekarang memang dah kat Sabah pun.
Suami hantar ke Senai International Aiport. Beberapa hari sebelum nak balik memang menangis saja. Apakan daya belum ada rezeki dapat balik berdua.
Alhamdulillah, konvokesyen adik di UMS dah habis. Sekarang bercuti di rumah mertua. Sepatutnya semalam dah balik Pontian tetapi suami kata cuti lama sikit di sini. Tahun depan baru balik.
Sementara dapat peluang untuk stay di Sabah nie jadi memang banyak habiskan masa dengan keluarga.
InsyaAllah, kalau ada masa, banyak juga nak kongsi di blog nie.
Best balik kg, tp kalau balik sorang2 x syiok jugak
BalasPadamSuami bagi green light tu boleh habiskan quality time dengan family ya
BalasPadamPakai travel organizer itu memang membantu sangat dalam hal packing . Saya rutin traveling soalnya, dan supaya rapi, selalu pakai travel organizer untuk menyusun pakaian dan perlengkapan lain dalam koper 👍
BalasPadamTerima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.