Bismillah
Korang dah tebus RM100 eMADANI Shopee? Alhamdulillah aku dah tebus semalam. Dan hari ini RM100 dah masuk di akaun Shopeepay.
Bagi yang tiada akaun shopee perlu buka akaun shopee dan daftar shopeepay dahulu untuk tebus RM100. Kalau dah ada senang je nak claim.
Cara Claim RM100 eMADANI Shopee
1. Korang buka apps Shopee. Kemudian klik simbol eMADANI.
2. Klik CLAIM NOW atau TEBUS SEKARANG.
3. Lengkapkan butiran seperti di bawah :
- Nama (sama dalam KP)
- No Kad Pengenalan
- Alamat
- Negeri
- Jantina
- Bangsa
- Taraf Pendidikan
- Pekerjaan
- Anggaran Pendapatan Bulanan
- Industri
4. Dah lengkap semuanya korang boleh SUBMIT.
Ianya mengambil masa 1-3 hari untuk proses permohonan claim eMADANI Shopee. Jadi tunggu saja sampai dapat notification.
Siapa yang boleh claim RM100 eMADANI?
- Warganegara Malaysia
- Berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan bawah RM100,000 setahun
- Bukan penerima eBeliaRahmah 2023
- Belum menebus eMadani melalui mana-mana platform eWallet lain
- Telah membuat pengesahan kad pengenalan
Tempoh Penebusan eMadani
- Tempoh tuntutan: 4 Disember 2023 – 20 Februari 2024
- Tempoh perbelanjaan: 4 Disember 2023 – 29 Februari 2024
Jangan lupa tolong ibu bapa korang juga tau! Ada parents yang tak tahu sangat pasal benda-benda macam nie. Jadi rugi kalau tak claim. Siapa yang nak bagi RM100 kan.
dah mohon tgh tunggu dapat ke tak?
BalasPadamdekat tnG e wallet, unsuccesful..terai dekat Mae pulak..kalau tak, kang terai shopee plak
BalasPadamdah masuk dekat MAE. tapi macam susah je. kena topap MAE wallet dulu. umpama perlu bayar guna duit sendiri nanti eMADANI transfer balik kredit yang kita dah guna dekat MAE wallet tu. hmmm.
BalasPadam1. kena jadikan MAE wallet seagai primary account.
2. kena topap MAE wallet.
Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.