Bismillah
Jadi suri rumah ini penuh dengan kesibukan juga sebenarnya mengurus rumah tangga terutama apabila selalu berhadapan dengan kerja-kerja di rumah seperti mencuci pakaian, mengemas rumah dan sebagainya.
Disebabkan suri rumah selalu menghadap kerja-kerja di rumah inilah kadangkala memerlukan sesuatu untuk memudahkan lagi kerja di rumah.
Jadi buat para suami tak hairanlah isteri suka pergi kedai eco, MR DIY, atau shopping barang-barang organizer dalam rumah.
Kononnya supaya nampak lagi tersusun. Hahaha.
DIY Clothes Hanger 12 Clips
Begitu juga dengan hanger yang aku beli di DIY ini sangat memudahkan kerja di rumah. Reka bentuknya yang unik menjadikannya sesuai untuk digunakan di bilik asrama, bilik air, beranda dan di dalam rumah.
Salah satu sebab aku beli hanger ini kerana ianya menjimatkan ruang dan aku tidak perlu nak beli sepit tambahan. Hanger ini ringan, menjadikannya mudah untuk diangkut dan disimpan, serta tahan lama.
Dan paling penting aku dah tak pening macam mana nak gantung purdah. Aku boleh cuci purdah dan jemur terus di hanger nie. Apabila dah kering terus angkat saja.
Nak gantung stokin, sarung tangan dan pakaian kecil pun boleh. Lepas nie tak perlu lagi nak lipat dan seterika purdah.
Ya Allah.. Betul sgt, linda pun suka yg nie... Anak ad 4 org sekolah.. Senang nk gantung stokin.. Belum cmpur stokin mak skli...hihihi
BalasPadamBtw, linda folo sini ya...
ni kalau gantung stokin pun bagus tak hilang. Jadi surirumah semua nak yang function membantu kerja harian
BalasPadamjadi teratur brg2 bila guna ni kan
BalasPadamTerima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.