Assalamualaikum
Bsimillah
Alhamdulillah 'ala kulli hal. Akhirnya Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) kali ke 25 telah berakhir.
Tahniah diucapkan kepada adik lelaki, 4 tahun belajar dalam bidang Teknologi Multimedia di Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL)
Dah lama tak masuk Dewan Cancelor. Kali pertama masuk semasa orentasi tahun pertama di UMS. Kali terakhir masuk masa UMS Konvokesyen 20 pada tahun 2018 semasa aku grad.
Jarang kami bergambar adik-beradik sebab masing-masing pun sibuk. Ini sajalah peluang kami dapat bergambar bersama-sama.
Sebenarnya kami adik-beradik 8 orang. Adik aku bongsu Autisme tak nak bergambar.
Alhamdulillah syukur, kalau dulu adik-adik aku kecil saja. Sekarang semuanya dah besar. Kalah abang dan kakak. Tema kami berpasangan haha. Tema putih, hitam dan maroon.
Alhamdulillah, berkat doa ibu dan ayah juga kami semuanya berada di puncak menara gading. Bermula dari abang, aku dan akhirnya adik lelaki aku semuanya belajar di UMS.
Adik-adik perempuan sempat lagi bergambar sebelum masuk dewan. Cuaca pada masa ini memang panas terik. Nak bergambar pun payah sebab habis berpeluh-peluh.
Alhamdulillah kerana diberi kesempatan masa dan umur untuk menghadiri majlis konvokesyen adik sambil bercuti di Sabah.
Selamat menjalani dunia pekerjaan. Semoga dipermudahkan urusan buat semua para graduan UMS untuk mencari kerja.
wahhhh... teknologi multimedia tu... congrats ya untuk adik lelaki....
BalasPadamCongrats untuk adiknya kak Nurul 🎉🎉. Senang nya bisa berkumpul ramai begini Kaka beradik yaaa, sekalian vacation ke Sabah 👍😍.
BalasPadamTahniah
BalasPadamwahhhh tahniahhh adik kak nurul! adik-adik mcm makin tinggi drpd abg kakak ye hehe
BalasPadamalhamdulillah..tahniah ya...selamat memasuki alam pekerjaan
BalasPadamAlhamdulilah tahniah! Moga ada peluang untuk kerja yang baik
BalasPadamtahniah ibu dan ayah nurul berjaya mendidik semua anak ke menara gading.. tahniah buat adik yg grad tu juga
BalasPadamTerima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.