Assalamualaikum
Bismillah
Perkara yang aku mahu mengelak sebagai blogger sepenuh masa ialah apabila merasakan bahawa 'blogging semakin membosankan' atau mungkin lebih tepat lagi penat jadi blogger sepenuh masa.
Dah masuk 5 tahun aku berblog sebagai blogger sepenuh masa. Cuma penghujung tahun 2023 dan masuk tahun 2024 ni aku rasa berblog sebagai blogger sepenuh masa sangat memenatkan.
Prestasi menurun, pageviews menurun, income menurun, algorithm berubah setiap masa, kena follow up dengan trend semasa, dengan perubahan teknologi yang semakin maju seperti chatgpt.
Too much for me to handle!
Benda yang aku enjoy setiap masa semakin hari semakin memenatkan kerana kena catch up dengan banyak perkara dalam tempoh setahun.
Hmmm...
Entahlah...
Setiap tahun domain kena bayar, nak bayar internet, dan kirim duit dengan adik-adik lagi. Kalau aku fikir diri aku sendiri sebenarnya makanan dan pakaian semuanya cukup. Suami sentiasa cukupkan. Alhamdulillah.
Cuma sebagai seorang anak, aku sayang ibu bapa dan adik-beradik aku. Aku mahu bagi sesuatu untuk mereka. Kirim duit walaupun tak banyak.
Sejujurnya di Semenanjung ni aku boleh katakan kos sara hidup terkesan sikit sahaja. Tetapi apabila aku balik Sabah, terkesan banyak sangat dengan kos sara hidup di sana.
Kalau di sini aku beli belanja mungkin seminggu RM100, di sana 3x lipat lagi kos sara hidupnya. Apatah lagi apabila tinggal di bandar Kota Kinabalu. Dengan adik-beradik yang ramai.
Kadang rasa mahu menangis. Di sini aku cukup makan, tetapi di sana mungkin belum tentu ada lauk. Sejak berumahtangga hidup kami bukannya senang sangat, tetapi Alhamdulillah semuanya cukup.
Kalau ada rezeki lebih dapatlah kirim lebih dengan keluarga aku dan family in-law juga.
Aku boleh saja berhenti berblog atau jadikan blog sebagai part-time. Tetapi kalau aku buat macam tu, aku tak dapat bagi apa-apa dengan family aku. Dan aku tidak boleh harap suami terus kerana suami pun ada tanggungjawab dengan keluarganya.
Alhamdulillah, sepanjang aku kahwin suami banyak bagi sokongan dengan aktiviti blog aku. Apabila aku rasa down dengan kerja blog aku, suami yang banyak bagi kata-kata semangat.
Selama aku berblog, tak pernah lagi aku rasa apabila aku buka blog aku mengeluh. Cuma kebelakangan ini aku rasa terlalu banyak keluhan setiap kali buka blog. Dan aku rasa berat mahu menulis.
I just want to enjoy what I do.
Banyak benda aku mahu kongsi tentang blog tetapi aku sendiri tidak dapat follow up dengan perubahan Google, SEO dan trend sekarang. Semua ni buat aku hilang semangat.
Kembalikan semangat yang hilang ni...
Teruskan semangat awak Nurul.. Walaupun sekarang nie kita kena kejar teknologi yang semakin maju, tapi orang tetap mencari maklumat untuk sesuatu perkara, contohnya blog tue sendiri.. Apa yang paling penting adalah kita sampaikan informasi dengan betul dan telus agar ianya tak menjadi satu fitnah pada penulisan kita tue nanti...
BalasPadamTerima kasih kak.. betul tu org tetap cari info tu... Semoga apa yg dikongsikan di blog terus memberi manfaat kpd semua
PadamBetul, dah tak paham dengan konsep Google ni...Mcm tak berapa bersemangat pun ada... 🥹 Semoga keep tabah Dan ada penyelesaian terbaik untuk masalah yang Berlaku ni....
BalasPadamKan... konsep Google nie dah byak berubah 2-3 tahun nie... Semoga blogger2 lain juga tetap semangat!
PadamAlgorithm sentiasa berubah tu, saya lihat ramai yang complaint. Boleh ceritakan lebih lanjut, macam mana boleh berlaku perubahan tu?
BalasPadamYeaa kalau lihat 5 tahun sebelum nie mmg byak berubah drp skrg.... SEO pun dah tak mcm dulu..
PadamHmm... berat jugak masalah ni... cuba hasilkan buku pulak nurul sbb sy rasa nurul suka menulis tapi skrg mungkin stress sikit sbb dah tak larat nak menulis ikut hukum google
BalasPadamYeaa kak suka sgat menulis dan berkongsi di blog cuma sedikit stress sbb ini juga sumber pendapatan blog.. nak tak nak kena follow dgn trend skrg... Kalau tak mmg tak dapat apa..
Padamseriously akak tak pernah bosan dalam dunia blogging, cuma kadang- kadang ketandusan idea dan penyakit M yang tiba-tiba datang
BalasPadamgood luck Nurul...semoga dapat semula semangat tu... fighting
BalasPadamKena tabah menghadapi segala cabaran dlm blogging ni. U can do it!
BalasPadaminsyaallah semoga nurul kekal positif. bila rasa nak stop tu fikir je siapa yang boleh ringankan beban keluarga di Sabah kalau ktia tak cuba membantu
BalasPadamsaya pula tak bosan, cuma tak de semangat nak berblog, dah lama tinggal blog..kini cuba untuk buat come back..banyak benda ttg blog dh tak sama mcm dulu..semoga sis Nurul dapat kembalikan semangat menuliss.chaiyokk
BalasPadamTerima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.