Bismillah
Sebenarnya aku ternampak isu ini dibincangkan dalam kalangan rakan-rakan facebook. Jadi apa kata kita baca apa yang dikongsikan oleh pihak mufti berkenaan 'hukum membasuh tuala wanita sebelum dibuang'.
Hukum Membasuh Tuala Wanita Sebelum Dibuang
Tiada sebarang athar atau hadis yang menunjukkan bahawa tuala wanita yang terkandung darah haid perlu dibasuh terlebih dahulu sebelum membuangnya.Bahkan tidak ada riwayat dari para Sahabat dari kalangan wanita menyatakan bahawa mereka membasuh tuala tersebut sebelum membuangnya.
Juga tidak terdapat arahan dari Nabi agar membasuhnya. Yang Nabi arahkan adalah jika darah tersebut terkena pakaian sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh Asma’ Binti Abu Bakar. Kata beliau :
Adapun membasuh tuala wanita sebelum membuangnya, tidak pernah diarahkan oleh Nabi saw. Ini dapat dilihat dari zahir hadis Nabi saw yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudri. Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw :
Zahir hadis menyatakan bahawa الحِيض iaitu kain tuala wanita dibuang tanpa dibasuh terlebih dahulu. Jika kain tersebut dibasuh, masakan ada yang bertanya tentang kesucian air perigi tersebut.
Kami menyatakan bahawa tiada sebarang hadis atau athar yang menyatakan perlu membasuh tuala tersebut sebelum membuangnya.
سَأَلَتُ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- عَنْ دَمِ الْحَيْضَةِ يُصِيبُ الثَّوْبَ فَقَالَ : حُتِّيهِ ثُمَّ اقْرُصِيهِ بِالْمَاءِ ثُمَّ رُشِّيهِ فَصَلِّى فِيهMaksudnya :” Aku bertanya kepada Nabi saw tentang darah haid yang terkena pada pakaian. Nabi saw bersabda : basuhlah ia dan gosoklah ia dengan air serta siramlah ia (setelah digosok). Kemudian solatlah dengan pakaian tersebut.” Riwayat al-Tirmizi (138) & Abu Daud ( 362)
Adapun membasuh tuala wanita sebelum membuangnya, tidak pernah diarahkan oleh Nabi saw. Ini dapat dilihat dari zahir hadis Nabi saw yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudri. Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw :
أَنَتَوَضَّأُ مِنْ بِئْرِ بُضَاعَةَ وَهِيَ بِئْرٌ يُلْقَى فِيهَا الْحِيَضُ وَالنَّتْنُ وَلُحُومُ الْكِلَابِ قَالَ الْمَاءُ طَهُورٌ لَا يُنَجِّسُهُ شَيْءٌMaksudnya :” Adakah boleh kami mengambil wuduk dari perigi yang mana dibuang di dalamnya kain-kain yang terkandung darah haid, nanah dan daging anjing. Sabda Nabi saw : Air itu suci dan tidak dinajiskan oleh sesuatu,” Riwayat al-Tirmizi (66) & Ahmad (11257) di dalam Musnadnya
Zahir hadis menyatakan bahawa الحِيض iaitu kain tuala wanita dibuang tanpa dibasuh terlebih dahulu. Jika kain tersebut dibasuh, masakan ada yang bertanya tentang kesucian air perigi tersebut.
Kami menyatakan bahawa tiada sebarang hadis atau athar yang menyatakan perlu membasuh tuala tersebut sebelum membuangnya.
Adalah tidak benar jika ada yang mengatakan bahawa ia perlu dibasuh terlebih dahulu kerana dibimbangi akan menjadi makanan jin.
Namun tidak dinafikan bahawa syaitan adalah antara kalangan yang memang menyukai perkara-perkara yg kotor & najis. Ini berdasarkan hadis daripada Anas bin Malik yang menyebut doa Rasulullah saw ketika masuk ke dalam tandas.
Rasulullah berdoa :
Kata al-Khattabi :
Cuma kami mengesyorkan beberapa perkara :
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِMaksudnya :” Ya Allah aku berlindung dengan Engkau dari al-Khubuth dan al-Khabaith.” Riwayat al-Bukhari (6322)
Kata al-Khattabi :
“al-Khubuth adalah kata jamak bagi al-Khabith yang membawa makna syaitan jantan. Manakala al-Khabaith adalah kata jamak bagi al-Khabithah yang membawa makna syaitan betina.” Rujuk Ma’alim al-Sunan (1/10)
Cuma kami mengesyorkan beberapa perkara :
- Tuala tersebut perlu dibuang di tempat yang khusus. Jika boleh asingkan dari tempat buangan yang biasa digunakan seperti mana yang dilakukan di hospital.
- Jangan dibuang merata-merata seperti di mangkuk tandas dan lain lain tempat yang tidak sesuai. Ini kerana, ia boleh menimbulkan suasana tidak selesa.
Ringkasan :
1. Tidak ada athar atau hadis yang menunjukkan perlunya membasuh tuala wanita yang terkena darah haid sebelum dibuang.
2. Tidak ada riwayat dari para Sahabat wanita yang menyatakan melakukan hal tersebut, dan tidak ada petunjuk dari Nabi untuk membasuhnya sebelum dibuang.
3. Tidak pernah ada arahan dari Nabi untuk membasuh tuala wanita sebelum dibuang.
Kesimpulannya
Dari kecil, ibu kita mengajarkan cara membuang tuala wanita dan pentingnya menjaga kebersihan selama haid.
Meskipun kita dulu diajarkan untuk membersihkan tuala sebelum dibuang, sekarang hukumnya membolehkan pembuangan tanpa mencuci.
Kepercayaan tentang jin yang makan darah haid perlu diperbaiki, dan dulu orang tua mungkin mengatakan itu untuk menakut-nakutkan anak perempuan.
Aku juga dididik untuk mencuci tuala, tetapi sekarang tidak risau dah untuk membuangnya tanpa perlu basuh terutama di tandas awam.
Bagi aku adakah perlu basuh atau tidak tergantung pada preferensi masing-masing. Yang penting adalah membuangnya dengan cara benar sekiranya berada di tempat awam.
good sharing but sbb dah terbiasa cuci dulu sebelum buang plus dr segi kebersihan... kannn.
BalasPadamcuma now dah tau mcm ni, kalau x cuci pun ok cuma biar la dgn cara yg betul..
dulu tak pernah cuci
BalasPadamlama2 tu barulah sy cuci sbb fikir mcm xbersih buang mcm tu je dlm tong sampah
Saya terbiasa dicuci dulu sebelum buang. Hanya karena habis Saja. Tapi saat di toilet umum, tak mungkin pula untuk mencuci kan 😄. Di situ barulah saya hanya gulung dan bungkus dengan plastik dari pembalut baru. Lalu buang di tempatnya.
BalasPadamJadi fix hanya mitos yg ttg jin itu yaa
Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.