Type Here to Get Search Results !

Masa Itu Emas: Tafakur dalam Surah Al-'Asr

Assalamualaikum
Bismillah

Surah Al-'Asr, surah ke-103 dalam al-Quran, secara khusus mengajak kita untuk merenung tentang harga masa. Dalam hanya tiga ayat, surah ini mencakupi makna mendalam tentang kepentingan waktu, kerugian manusia, dan petunjuk untuk menjalani kehidupan dengan penuh kemanfaatan.

Surah Al-'Asr

Surah Al-'Asr (103 : 1-3)

  • Surah al-'Asr : Masa
  • Mengandungi 3 ayat
  • Surah Makkiyyah (Diturunkan sebelum peristiwa Hijrah)
  • Surah ke 103 dalam al-Quran


Maksudnya : Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. - Surah Al-'Asr (103 : 1-3)


1.  Masa Sebagai Harta Berharga

Masa sangat berharga sehingga pepatah menyebutkan masa itu seperti emas. Hakikatnya, masa tidak dapat dinilai dengan sebarang harga. 

Masa diibaratkan sebagai emas dalam pepatah, menunjukkan keunikan nilai yang tidak dapat dibandingkan dengan harta lain. 

Tiada sesiapa dapat mengganti kembali masanya yang telah berlalu walau dibayar jutaan ringgit. Kalimah 'demi masa' menunjukkan kalimah sumpah dan penegasan. Sumpah "Demi Masa!" menegaskan pentingnya waktu, yang sekali lewat tidak akan kembali. 

Banyak ayat al-Quran yang menunjukkan Allah bersumpah melibatkan elemen masa contohnya 'demi waktu duha', 'demi waktu fajar' dan sebagainya.


2. Kerugian Manusia dan Kecepatan Waktu

Demikian yang ditegaskan oleh yang Maha Mencipta bahkan Allah bersumpah bahawa kita semua sentiasa dalam kerugian. 

Kebanyakan manusia tidak sedar bahawa peluang hidup di dunia ini singkat. Masa pantas berlalu dan godaan dunia pula datang bertalu- talu. Perhatikan kenapa solat petang dinamakan Asar?

Kerana solat Asar berada di penghujung waktu siang. Tempohnya sebentar sahaja. Betapa ramai yang 'tidak sempat menunaikannya kerana tenggelam dengan dunia'. Begitulah gambaran singkatnya hidup di dunia ini.


3. Petunjuk dan Tips untuk Selamat

Di akhir ayat ini, Allah memberikan tips yang sangat penting untuk kita renungi dan amalkan. Betapa ajaibnya surah ini. Walaupun hanya tiga ayat, namun isinya menyeluruh meliputi amaran serta saranan.

Untuk terkecuali daripada menjadi orang yang rugi, kita mestilah menjadi insan yang beriman. Tidak cukup sekadar itu, wajib pula beramal soleh. 

Namun kedua-dua ini hanya bermanfaat untuk diri sendiri sedangkan Islam turut mengajar kita untuk menjaga hubungan sesama manusia. 

Maka Allah menyeru agar kita mengajak pula orang lain ke arah kebaikan. Seruan kebaikan itu tidak mudah, ada saja halangannya. Maka kerana itu diperintahkan untuk bersabar sebanyak-banyaknya.


Oleh itu, sebagai umat Islam, sebenarnya kita tidak mempunyai masa pun untuk bosan.

Sejak Allahï·» bersumpah dengan waktu, hari-hari kita sepatutnya sentiasa dipenuhi dengan salah satu daripada perkara berikut:
  • Beriman kepada Allahï·» dan mengingati-Nyaï·»
  • Beramal dan berbuat baik
  • Membantu mereka yang memerlukan 

Al-Hasan Al-Basri berkata: "Saya berjumpa dengan orang-orang yang dahulu, mereka menghargai waktu mereka sebagaimana anda menghargai wang anda."


Berhati-hatilah dalam cara kita menghabiskan setiap saat hidup, setelah ia berlalu, ia tidak akan kembali. Ya Allah, berikanlah kami kemampuan untuk bersyukur atas segala nikmat-Mu yang Engkau limpahkan kepada kami.

Catat Ulasan

1 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Seperti kata imam Ghazali, apakah benda paling jauh mahal dalam dunia ni? Jawapannya masa yang telah berlalu…

    BalasPadam

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Top Post Ad

Below Post Ad