Type Here to Get Search Results !

Review Klinik Keluarga, Pontian

Asslamualaikum
Bismillah

Pada awal tahun ini aku jatuh sakit dan terpaksa ke klinik untuk dapatkan pemeriksaan serta rawatan. Dalam banyak klinik yang ada di Pontian, aku memilih untuk pergi ke Klinik Keluarga.  

Berdasarkan review yang ada di google, Klinik Keluarga mempunyai ulasan yang tertinggi dengan rating 5 bintang. Oleh itu, aku memilih untuk ke klinik ini.

Review Klinik Keluarga, Pontian

Lokasi klinik ini terletak di Jalan Bakek, Kampung Atap bersebelahan dengan Kedai BATA betul-betul berhadapan dengan jalan besar. Jadi memang senang saja nak cari.

Walau bagaimanapun kawasan klinik ini kurang parking kerana ianya berada di tepi jalan. Jadi memang agak susah nak cari parking. 

Kalau tak silap aku klinik ini baru beroperasi tahun lalu. 

Senarai Harga Perkhidmatan Klinik Keluarga

Senarai Harga Perkhidmatan Klinik Keluarga

  • Consultation - RM20-30
  • Nebulizer untuk asthma - RM20-30
  • Sedut Kahak - RM25-35
  • Pemeriksaan jantung ECG - RM45
  • Dressing (Rawatan cuci luka dan jahitan luka) - RM20-40
  • FBC (Check darah) - RM45
  • Urine pregnancy test -RM15
  • Influenza test - RM45
  • Denggi test - RM45
  • Ultrasound - RM45-RM100
  • Circumcision ( Sunat lelaki kanak-kanak) - RM150-RM200
  • Circumcision (Sunat bayi perempuan) - RM35
  • IV Drip - RM40-RM60
  • Vaksin umrah - RM150-RM185
  • Vaksin pengendali makanan (typhoid) - RM80
  • Tukar tube kencing (CBD) - RM40
  • Cuci telinga/mata (irrigation) - RM20-RM30

Servis yang lain seperti perancang keluarga IM Depo, injection lutut dan sendi, allergic test dan banyak lagi. 


Pakej Pemeriksaan Darah 

1. BASIC (RM40)

Kiraan darah Lengkap (FBC)
  • Sel darah merah
  • Sel darah putih
  • Sel darah kuning
  • Bacaan (Granulocyte & Lymphocyte)

2. STANDARD (RM65)

Kiraan darah Lengkap (FBC)
  • Ujian fungsi hati
  • Ujian fungsi buah pinggang
  • Ujian kolestrol
  • Ujian kencing manis
  • Analisis kencing

3. PREMIUM (RM150)

Kiraan darah Lengkap (FBC)
  • Ujian fungsi hati
  • Ujian fungsi buah pinggang
  • Ujian kolestrol
  • Ujian kencing manis
  • Saringan kanser (Hati, perut, pankreas, usus, payudara, ovari untuk wanita, prostat untuk lelaki)


Review Klinik Keluarga, Pontian

Aku pergi klinik ini pada 3 Januari 2024 (Rabu) pada jam 8 malam. Aku sakit sejak aku di Sabah lagi. Apabila sampai saja Pontian, terus penyakit asma aku datang. Dahlah batuk berkahak, nak bercakap atau berjalan pun tak larat sebab sesak nafas.

Sampai sahaja di klinik ini, kami disambut oleh staf yang bagi aku agak kurang ramah. Aku cuba berfikiran positif sebab waktu tu dah malam, mungkin pekerjanya penat sangat dah kot.

Cuma husband aku agak kurang senang dengan layanan pekerjanya. Dahlah aku memang tak larat, nak bercakap pun suara serak basah. Kena lagi dengan staf muka ketat. So first impression tu agak kurang baguslah.

Masa ini tak ramai pun customer cuma aku sahaja pesakitnya. Setelah mendaftar, tak sampai 5 minit dah dipanggil.

Doktor yang merawat pada masa itu ialah doktor lelaki. Aku rasa memang dia seorang saja doktor di klinik ini. 

So far aku sangat berpuas hati dengan rawatan dan penjelasan yang diberikan. Doktor tanya berapa hari dah sakit, buat pemeriksaan sedikit seperti tekanan darah, dan tekak. 

Setelah itu, doktor terangkan ubat apa yang diperlukan dan akhir sekali aku diberi Nebulizer untuk asthma. Habis saja nebulizer, doktor periksa sekali lagi pernafasan okay atau tidak. 

Review Klinik Keluarga, Pontian

Jumlah rawatan kesemuanya ialah RM110 termasuk ubat-ubatan dan nebulizer tadi. Antara ubat yang diberikan ialah ubat demam, antibiotics, ubat lega tekak, asthma dan ubat batuk. 

Secara keseluruhan pengalaman mendapatkan rawatan di Klinik Keluarga, Pontian aku sangat berpuas hati. Cuma layanan dari pekerjanya sahaja kurang baik pada ketika itu. Jadi aku anggap saja hari itu bukan hari yang baik untuk aku.

Ubat yang diberikan bagi aku agak serasi. Sakit aku sekarang dah berkurang walaupun belum sembuh sepenuhnya sebab sekarang aku macam kena chickenpox lagi.

Sekiranya warga Pontian ingin mencari klinik yang bagus dengan servis dan harga yang berpatutan bolehlah ke Klinik Keluarga. 


Maklumat lanjut :

  • KLINIK KELUARGA PONTIAN, JOHOR
  • Alamat : 910, Jalan Bakek, Kampung Atap, 82000 Pontian, Johor)
  • Waktu Operasi : 8.30 AM - 11 .00 PM
  • Hubungi : 013-6006640
  • Tiktok : https://www.tiktok.com/@klinikeluarga

Catat Ulasan

7 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. kalau bekerja kat front desk memang kena sorok emosi. kita berdepan dengan orang memang kena mesra baru orang senang nak datang lagi.

    BalasPadam
  2. masa sakit terjumpa pula staf yang menyakitkan hati terpaksa kita bersabar je kan. kalau tak sakit boleh nak tanya kenapa badmood, datang period ke apa. tapi time sakit, layan je lah..takde energy nak tanya. btw semoga cepat sihat ye nurul

    BalasPadam
  3. tengah lapar agaknya dia. Ye.. kedai kedai di jalan bakek ni susah betul nak dapat parking

    BalasPadam
  4. Untung laa orang pontian ada klinik best macam ni…

    BalasPadam
  5. Nasib baik doktornya yang baik.
    Harap cepat sembuh.

    BalasPadam
  6. MA pun ada fav klinik...selalu ke situ je & ubat2 nya pun serasi ngan family

    BalasPadam
  7. makin mahal kos rawatan di klinik swasta skrg. Tp sbb x nak beratur terpaksa gi je la...

    BalasPadam

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Top Post Ad

Below Post Ad