Assalamualaikum
Bismillah
Alhamdulillah ala kulli hal... Masih diberikan kesempatan untuk hidup sehingga tahun ini. Rasanya masih belum terlambat untuk ucapkan 'Selamat Tahun Baru 2024'. Semoga tahun ini baik-baik saja buat kita semua.
Korang setiap tahun buat azam tak? Macam mana dengan azam tahun lepas, ada yang tercapai tak?
Antara tahun lepas punya azam :
- Fokus dengan diri, suami dan keluarga.
- Fokus dengan konten blog.
- Jaga kesihatan dan pemakanan.
- Belajar mengaji
- Mahu kurus sebab banyak baju dah tak muat.
Alhamdulillah rasanya azam tahun lepas boleh dikatakan tercapai kecuali NAK KURUS hehe~
Walaupun struggle juga nak diet tapi memang gagal jugalah. Lastly, tak nak fikir sangat dah just makan saja cuma kurangkan portion saja.
By the end of 2023 aku jatuh sakit masa di Sabah. Sekarang dah balik Johor pun masih kurang sihat since penyakit Asma aku datang.
Semalam terpaksa pergi klinik untuk pom dan ambil ubat. Hampir seminggu dah demam, batuk berkahak dan sakit tekak. Paling tak tahan sebab datang sesak nafas pula. Syukurlah sekarang ada kurang sikit dah walaupun semput juga kalau nak bercakap dengan husband.
Itulah ujian awal tahun ni. Tahun lalu tak diuji sakit, tahun ni Allah bagi ujian sikit. Alhamdulillah.
Apa azam tahun 2024?
1. Fokus dengan keluarga dan suami
2. Jaga pemakanan dan kesihatan
3. Fokus dengan blog
4. TETAP NAK KURUS
Bukanlah nak kurus sangat. At least kurang 8KG okaylah.
Lastly, ini bukanlah azam, cuma doa semoga Allah kurniakan permata hati buat kami. Mudah-mudahan dengan doa daripada kalian Allah makbulkan doa kecil kami.
Akhir sekali, terima kasih buat pembaca blog ini kerana masih sudi untuk singgah di blog ini.
Apapun yang korang doakan aku harap impian dan doa kalian Allah makbulkan. Semoga diberikan kesihatan sentiasa, dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah, diberkati umur dan sentiasa dalam lindungan Allah buat kalian semua. InsyaAllah Aamiin...
Selamat tahun baru Nurul. Akak doakan semoga Nurul dan suami cepat² dikurniakan cahaya mata hendaknya. Aamiin...
BalasPadamSemoga urusan Nurul dipermudahkan hendaknya.
insya-Allah semoga dimakbulkan doa Nurul utk mendapat zuriat...
BalasPadamazam kita ad yang sama lah.. Nak Kurus...
sebab rasenya mcm dah naik byk gile Kgss nya...
semoga yang diimpikan dapat dicapai tahun ni..
BalasPadambab kurus tu siapa je yg taknak. ammi punya mission "road to 55kg". Dah sampai 56 ehhhh dia loncat terus dan terus ke 59. taknak kasi can cecah 55 langsung.
Selamat tahun baru 2024 😊
BalasPadamSemoga dimakbulkan segala doa ya. Jaga diri
BalasPadamsyafakillah nurul semoga tercapai semua azam tahun baru kali ni. mama pn ada termasuk list juga nak kurus tu. turun 5kg pn dh syukur hihi.. azam yg lain tu biarlah rahsia haha
BalasPadamselamat tahun baru 2024 kak nurul
BalasPadamSelamat tahun baru Nurul. Azam tahun ni nak aktif blog semula. Nak betulkan balik SEO blog dan seangkatan dengannya kat entri2 yang Nurul share
BalasPadamSelamat tahun baru 2024.. Sha doakan semoga Nurul dikurniakan kesihatan yang baik.. Aamiin.. Aamiin..
BalasPadamSha sejak bertukar tempat kerja inilah baru susut berat badan.. Kalau tak tu memang susah nak turun berat..
sy pun nak jaga pemakanan.. kesihatan penting skrng ni.. dan ofkos lah nak konsisten menulis blog.
BalasPadamTerima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.