Type Here to Get Search Results !

Tukar Dompet Lama dengan Dompet Baru

Assalamualaikum
Bismillah

Selepas 3 tahun, akhirnya aku tukar dompet baru. Dompet lama aku beli di PG Mall selepas dapat bayaran daripada blog. Dah banyak design wallet yang aku cari di shopping mall dan kedai tetapi tiada satu pun yang aku berkenan. 

Rasanya hampir semua dompet wanita kelihatan sama.  Hanya dompet ini yang aku rasa lebih nyaman untuk guna kerana bahan, ukuran, dan reka bentuknya. Disebabkan dompet ini tiada dijual di sini. Maka aku order di shopee. 

Dompet Murah Online

Aku beli dompet sama dengan dompet lama sebab dah selesa menggunakan dompet ini. Reka bentuk dompet ini sangat klasik dan mudah. Terbuat daripada bahan kulit PU yang lembut. Dulu guna warna pink, sekarang beli dompet warna soft grey.

Dompet Wanita Baru

Selain itu, ia dilengkapi dengan tempat untuk syiling, 3 bahagian lipatan, dan 17 slot untuk menyimpan kad bank atau kad perniagaan. Walaupun ia berlapis-lapis, setiap lapisannya nipis, jadi dompet tidak terlalu tebal walaupun penuh dengan barang.

Dari segi kualiti, ia sepadan dengan harganya. Penghantaran pun pantas dan pembungkusan dari penjual sangat kemas. Harganya hanya RM12.99 sahaja, dan dengan diskaun dan voucher, ia dapat dibeli pada harga yang lebih rendah lagi.


Tags

Catat Ulasan

10 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Cantik warna dompet baru tue . Compartment pun banyak juga kan . Walaupun murah tapi kualiti tahan lama itu yang kita mahu kan .

    BalasPadam
  2. cantik dompetnya.. byk ruangan untuk isi kad..

    BalasPadam
  3. samalah OM pun tak tukar lagi beg dompet, OM pakai charles & keith pun hampir 4 tahun dah, syg betul nak tukar sbb masih elok lagi.

    BalasPadam
  4. Cantik. Kemas tengok design nya.

    BalasPadam
  5. cantik warna dia, harga nampak sepadan dengan apa yang dapat. okay la

    BalasPadam
  6. linda pun mcm nak tukar...tp tulah..tak berkenan yng pnjg gitu..suka carik yg kecik2..tp tak jumpa2 lagi...hihihi

    BalasPadam
  7. Saya dah lama tak bawa dompet kemana2 😅. Segalanya dah cashless di sini, sampai ID card pun dah digital. Jadi memang lah tak bawa dompet lagi, hanya HP, Krn semua dokumen dan pembayaran pakai ewallet mostly 😅

    Kalo dulu, saya termasuk suka ganti2 dompet kak. Ada yg bagus sikit, beli langsung, dah macam koleksi 😅

    BalasPadam

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Top Post Ad

Below Post Ad