Sebenarnya sedih ada juga segelintir orang yang berkata kita boikot produk 'Israheell' umpama kita menghalang rezeki orang yang bekerja di tempat yang di boikot.
Perbuatan umat Islam di seluruh dunia, termasuk Malaysia hari ini dengan memboikot produk Yahudi adalah sangat mulia. Ia setimpal dengan kezaliman yang mereka lakukan ke atas rakyat Palestin selama ini.
Berhubung isu hukum memboikot sama ada wajib atau tidak, ia mestilah kembali kepada keadaan dan suasana. Boikot menjadi wajib apabila produk berkenaan adalah barangan yang mampu kita tinggalkan tanpa mendatang kemudaratan jika tidak mengambilnya.
Sebagai contoh, Starbuck dan Coca-Cola ialah produk yang tidak perlu pun sebenarnya. Ada banyak lagi produk tempatan atau keluaran lain yang boleh dibeli.
Dalam erti kata lain, produk makanan fastfood ini bukan satu keperluan pun buat kita. Kalau tak beli tidak akan mendatangkan kemudaratan kepada kita. Kita tidak kebuluran pun kalau tak makan semua tu.
Jika produk berkenaan adalah keperluan asas harian yang tidak dapat dihindari oleh umat Islam, maka adalah tidak salah bagi umat Islam untuk membelinya selagi mana tiada yang setanding dengannya.
Sebagai contoh produk seperti barang mandian, ubat-ubatan atau teknologi yang memerlukan kita untuk menggunakannya.
Berkenaan umat Islam yang memboikot produk seperti Starbucks kemudian mengecam orang yang boikot menjadi punca pendapatan mereka menurun sebenarnya korang dah silap. Namapun bisnes ada naik dan turun.
Company yang menanggung kerugian akibat daripada boikot adalah risiko yang mereka sepatutnya dah tahu. Boikot ini jelas menunjukkan bahawa orang Muslimlah penyumbang besar dalam kebanyakkan ekonomi.
Kenapa nak salahkan orang Muslim?
Kita tak beli ada lagi orang Cina, India, Non-Muslim yang lain penyumbang ekonomi mereka.
Apa yang menyedihkan ialah ada yang berkata buat apa bersusah payah boikot tetapi tiada hasil, Palestine tetap ditindas, ramai kanak-kanak yang syahid dan sebagainya. Jadi kalau tiada hasil apa-apa kita tak perlulah buat apa-apa??
Dari segi aspek yang lain pula, ramai lagi orang yang miskin dan teraniaya di Malaysia tetapi kenapa kita tak tolong? Orang miskin di Malaysia bukan sebab boikot. Ramai lagi golongan graduan yang tidak mendapat pekerjaan sehingga kini sampai terpaksa bekerja sebagai delivery, kilang dan sebagainya.
Statistik kemiskinan di Malaysia bukan disebabkan oleh boikot tetapi kos sara hidup yang semakin meningkat dengan pendapatan yang sedikit.
Kita tak mampu nak menolong saudara seislam kita di Palestine lah cara yang paling mudah ialah berdoa dan usaha untuk boikot produk yang jelas menyokong pembunuhan kepada warga Palestine. Setiap kali kita nak minum Starbucks, kita akan teringat saudara kita di Palestine.
Itulah sekecil usaha kita disamping doa untuk saudara seagama kita disana.
Daripada abu Sa’id al Khudri RA berkata, aku mendengar Nabi SAW bersabda:مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ، وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِMaksudnya: “Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Apabila dia tidak mampu, maka dengan lisannya. Dan apabila dia tidak mampu lagi, maka dengan hatinya. Sesungguhnya itu adalah selemah-lemah iman.” [Riwayat Muslim (78)]
Adab Memboikot
Tidak dinafikan bahawa boikot dibenarkan dalam Islam, namun kita kena pastikan perbuatan itu sejajar dengan adab dan akhlak Islam. Ia sangat perlu supaya agama Islam tidak dipandang hina oleh golongan bukan Islam.Antara adab yang perlu dipelihara ialah:
- Tidak mencaci atau menghina dengan menggunakan perkataan kesat dan keji kepada pemilik produk.
- Tidak memburuk atau mencederakan mereka yang tidak turut memboikot.
- Tidak menghukum orang lain yang tidak memboikot kerana situasi mereka berkemungkinan berbeza dengan situasi kita yang memboikot.
- Boikot dengan strategi yang membina dan bukan dengan cara terburu-buru tanpa berfikir panjang kerana ia akan merugikan umat Islam dalam banyak perkara.
- Buktikan terlebih dulu akan salah laku pihak terbabit sebelum keputusan memboikot produk dilakukan kerana kita khuatir ia adalah fitnah bertujuan menjatuhkan pihak tertentu.
- Dapatkan nasihat daripada ulama, mufti atau badan yang layak mengeluarkan fatwa berhubung isu semasa terutama boikot.
Dengan sikap berdiam diri di atas perkara mungkar akan menyebabkan turunnya azab Allah SWT berdasarkan beberapa buah hadith, antaranya
Sabda Nabi SAW:مَا مِنْ قَوْمٍ يُعْمَلُ فِيهِمْ بِالْمَعَاصِي، ثُمَّ يَقْدِرُونَ عَلَى أَنْ يُغَيِّرُوا، ثُمَّ لَا يُغَيِّرُوا، إِلَّا يُوشِكُ أَنْ يَعُمَّهُمُ اللَّهُ مِنْهُ بِعِقَابٍMaksudnya: “Tidaklah kemaksiatan yang dilakukan oleh sesuatu kaum, kemudian mereka (sebahagian daripada mereka) mampu untuk mengubahnya tetapi mereka tidak berbuat sedemikian, melainkan Allah SWT akan timpakan keseluruhan kaum tersebut dengan azab.” [Riwayat Abu Daud (4338)][Syeikh Syu’aib al-Arnaouth menilai sanad hadith ini adalah sahih]
Alhamdulillah.. setakat hari nie, dah mula bertukar pelan2..cuma nya serbuk perasa je tak dapat tukar lagi...x tahu nak guna yg mana... 🥲🥲
BalasPadamTeruskan boikot selagi boleh. Itulah sahaja yang termampu dilakukan
BalasPadamTakut sebenanrnye tengok tajuk ni.. sebab ldy sampai sekarang Alhamdulillah masih boikot lg.. cume agak sukar sedikit nak mencari pengganti.. tapi itu tida mematahkan.. insyaAllah.. ini shj yg mampu ldy lakukan :(
BalasPadamOM pun dah pelan pelan tukar produk Malaysia dan masih terus memboikot.
BalasPadamAgree. Saya pun masih memboikot trutama produk2 tak perlu macam strbx, fast foods. Tanpa itu pun saya masih bisa hidup.
BalasPadamTapi memang ada Bbrp produk yg tak bisa saya tukar, macam dry foods royal canin untuk kucing2 saya. Mereka picky sangat, jadi tak bisa saya ubah ke dry foods lain. Bagi saya, mereka segalanya, jadi kalau sampai tak makan, saya pening 😅.
Dan saya setuju, untuk tidak menghina Orang2 yang melakukan atau yg tidak melakukan. Biarlah ini jadi usaha kita masing2 untuk membantu Palestine. Kalo tak nak boikot ok, mungkin mereka mau lewat doa utk membantu. Tapi at least jgn menghina yg melakukan..banyak soalnya yg seperti itu di sini. :(
Itulah jihad kita, nampak mudah tapi tidak sebenarnya.
BalasPadamKepada yang masih terus membeli barangan dan jenama yang diboikot terpulanglah pada kalian. Semoga Allah titipkan sedikit rasa "belas" itu buat saudara di Palestine.
Rezeki untuk pekerja di syarikat yang diboikot itu insyaallah ada dimana-mana
Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.