Type Here to Get Search Results !

Delizio Caffino Coffee Pasti Rasa Kopinya

Assalamualaikum
Bismillah

Ada yang suka minum kopi tak? Pernah dengar Delizio Caffino

Ianya ditubuhkan pada tahun 2018, PT Sumber Kopi Prima mempersembahkan produk kopi yang menyatukan kualiti bahan mentah terbaik dengan rasa yang memikat. 

Untuk menghasilkan kopi terunggul, Caffino menyediakan bahan mentah berkualiti tertinggi bagi mencipta kopi instant 3-in-1 yang diperbuat daripada kopi tulen dan susu tulen.


Brand Caffino muncul dari impian bahawa setiap individu berhak menikmati secawan kopi yang memuaskan pada bila-bila masa. Oleh itu, Caffino hadir untuk memperkayakan pengalaman menikmati kopi untuk semua orang, pada bila-bila masa, kerana kopi yang luar biasa mampu mencipta moment yang luar biasa juga.


Caffino hadir dengan tiga varian yang menggoda untuk memuaskan semua pencinta kopi: Kopi Latte Classic, Kopi Latte Hazelnut, dan Kopi Latte Mocca. Ketiga-tiga perisa ini korang boleh beli di Mr DIY dan mana-mana supermaket yang menjual produk ini.


Cuma untuk kali ini aku order Caffino Bold Dark Cappuccino dan Caffino Barista Coconut Sugar Latte di Shopee.

Delizio Caffino Coffee
Coffee Latte Coconut (Coconut Sugar Topping)

Caffino Bold Dark Cappuccino
Dark Cappuccino (Bold Cappuccino Topping)

Ada pelbagai jenis kopi jenama Caffino ini. Cuma yang menarik perhatian aku ialah Caffino Bold Dark Cappuccino dan Caffino Barista Coconut Sugar Latte.

Sebenarnya pertama kali dengar jenama Caffino ini semasa balik Sabah tahun lalu. Produk ini banyak dipasarkan di sana. Dan produk Delizio Caffino ini asalnya dari Indonesia. 

Delizio Caffino Coffee
Caffino Bold Dark Cappuccino - Bau aroma kopinya sangat kuat, harum dan rasanya sedikit lemak berkrim. Bagi aku sangat sedap kerana aku memang gemarkan kopi Cappuccino. 

Caffino Barista Coconut Sugar Latte - Dari segi rasa, tiada juga rasa coconut sugar sangat cuma dari segi bau aroma kopi memang ada terhidu aroma kelapa. Tidak pahit sangat seperti Dark Cappuccino. Bagi yang suka kopi yang wangi dan manis sedikit boleh pilih Caffino Barista Coconut Sugar Latte. Memang sedap!

Secara keseluruhan aku suka sangat dengan Delizio Caffino Coffee. Harganya cuma RM6.99 sahaja. 

Sekiranya korang berminat dan ingin mencubanya, boleh order di Shopee di link https://shope.ee/9ewf3NuNXQ


Catat Ulasan

5 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. kegemaran baru ni. suka sgt yg hijau tu

    BalasPadam
  2. Saya pun sukaaaaaa. Dah coba macam2 rasanya, tapi memang fav saya yg bungkus merah kak. Mocca. Yg gula aren awalnya agak aneh dilidah. Mungkin tak terbiasa. Tapi lama2 okelaah. Cuma memang tiap kali beli, selalunya balik ke warna merah 😄

    BalasPadam
  3. tak tau pun jenama ni wujud kalau tak menyinggah di sini..

    BalasPadam

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Top Post Ad

Below Post Ad