Type Here to Get Search Results !

Resepi Bubur Jagung Mudah Guna 3 Bahan

Assalamualaikum
Bismillah

Resepi Bubur Jagung | Hari ini aku nak kongsikan resepi dessert kegemaran kami iaitu bubur jagung. Pertama kali aku makan bubur jagung masa makan luar di Restoran Kome Thai. Since aku tak nak makan yang berat sangat jadi aku cuba bubur jagungnya. 

Kalau korang nak tahu resepi ini aku banyak kali cuba juga sebab nak rasa sebiji macam yang di restoran. Jadi inilah hasilnya. 

resepi-bubur-jagung


Bahan-bahan

  • 1 cawan jagung manis dalam tin (apa-apa brand, guna ayam brand lagi sedap)
  • 1/4 santan kotak 
  • 1/4 sagu (kalau nak kurangkan sagu pun boleh)
  • Gula dan garam sebagai perasa
  • 1 cawan air
cara buat bubur jagung sagu


1. Pertama sekali, korang masak sagu dalam kuali dengan air. Masak sehingga sagu kembang.

2. Kemudian tapis sagu dengan air paip.

3. Masukkan jagung dalam kuali beserta sagu yang dah ditapis. Tambah sedikit air. Nak lagi berkuah lebihkan air. 

4. Masak jagung sehingga mendidih dan masukkan gula dan garam supaya bubur manis berlemak.

5. Tutup api dan masukkan santan. Gaul sehingga sebati. Siap untuk dihidang!


Note :
  • Api kena tutup supaya santan tidak berketul-ketul. 
  • Nak bubur jagung pekat boleh kurangkan air atau lebihkan sagu. 

Resepi ini simple saja guys. Nak buat masa ramadan nanti pun boleh. Bahan pun tak guna banyak sangat. 1 tin jagung boleh dihidang untuk 2-3 orang. Selamat mencuba!



Tags

Catat Ulasan

4 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. anak-anak Linda tak makan pulak bubur jagung nie..jenuh mak pak nak perabih..hahaha

    BalasPadam
  2. bolehlah dicuba nanti... :D.. nmpk mcm mudah..

    BalasPadam
  3. I love bubur jagung...
    Feel free to join my segmen ya.. =)

    BalasPadam
  4. Issh ini bubur fav saya. Tapi selama ini tak pernah masak sendiri, selalu beli. Nantilah nak coba. Simple sangat. Btw , saya nak tanya kak, tutup api, maksudnya dimatikan apinya yaa?

    BalasPadam

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Top Post Ad

Below Post Ad