Type Here to Get Search Results !

7 Tips untuk Menjadi Pendengar yang Baik

Dalam kehidupan seharian, kita sering kali dihadapkan dengan situasi di mana orang yang kita sayangi atau mungkin rakan kerja kita mengalami tekanan atau stres.

Sebagai seorang yang empati, menjadi pendengar yang baik adalah peranan yang amat penting. Namun, seringkali kita mungkin tidak menyedari bahawa mendengar dengan betul juga memerlukan suatu kemahiran.

Oleh itu, marilah kita teroka beberapa tips untuk menjadi pendengar yang lebih baik dan membantu individu yang mengalami tekanan atau stres.

7 Tips untuk Menjadi Pendengar yang Baik

1. Hadir dan Sedia Ada

Satu hal yang sering kali terlupa adalah keperluan untuk benar-benar hadir ketika seseorang berbicara kepada kita. Ini bermakna tidak hanya secara fizikal berada di situ, tetapi juga memberi perhatian sepenuhnya kepada mereka. 

Luangkan masa dan berikan ruang yang mencukupi agar mereka merasa selesa untuk berkongsi dengan kita. Seseorang akan rasa dihargai apabila kita benar-benar peduli apa yang diluahkan. Ini menunjukkan bahawa kita seorang pendengar yang baik. 


2. Elakkan Gangguan

Dalam dunia yang serba sibuk ini, terkadang kita cenderung untuk multitasking ketika seseorang berbicara kepada kita. Namun, penting untuk memberi perhatian sepenuhnya tanpa gangguan. 

Hindari situasi seperti menggunakan telefon yang boleh mengganggu perhatian dari perbincangan. Ini akan menunjukkan bahawa kita menghormati mereka dan memberi keutamaan kepada apa yang mereka katakan.

Apabila seseorang tengah bercakap, tolak ke tepi handphone tu dulu.


3. Jangan Mencelah atau Merespon Terlalu Cepat

Apabila seseorang sedang meluahkan perasaan atau pengalaman mereka, tahanlah diri untuk tidak mencelah atau memberikan respons terlalu cepat. Dengar dulu!

Terkadang, seseorang hanya perlu diberi ruang untuk berkongsi tanpa perlu didengar atau diselesaikan masalah secara segera. Sebagai pendengar yang baik, kita harus memberi mereka kebebasan untuk meluahkan diri tanpa rasa tertekan.


4. Refleksi Emosi Mereka

Satu teknik yang berguna adalah merumuskan semula atau merefleksikan kembali kepada mereka apa yang kita fahami tentang perasaan atau emosi yang mereka alami. 

Ini bukan sahaja menunjukkan bahawa kita mendengar dengan teliti, tetapi juga membantu mereka untuk mengatur emosi mereka dengan lebih baik dengan mengenalpasti dan mengakui perasaan yang mereka alami.


5. Tanya untuk Klarifikasi

Jika terdapat perkara yang kurang difahami, jangan malu untuk bertanya semula untuk mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang masalah yang mereka hadapi. Ini menunjukkan bahawa kita benar-benar mengambil berat dan ingin membantu dengan sebaik mungkin.


6. Gestur Badan

Selain daripada mendengar dengan teliti, memberikan isyarat tubuh yang sesuai juga penting. Kontak mata, mengangguk, dan duduk berdekatan adalah beberapa contoh gestur badan yang menunjukkan bahawa kita benar-benar memberi perhatian dan memahami.


7. Jangan Bandingkan atau Memperkecilkan Pengalaman Mereka

Akhir sekali, elakkan membuat perbandingan antara pengalaman mereka dengan pengalaman orang lain atau dengan diri kita sendiri. Selalu dengar ayat macam ni kan "Kalau aku di tempat kau....". 

Setiap individu mempunyai konteks dan perasaan mereka sendiri, dan menghargai pengalaman mereka adalah penting untuk memberikan sokongan yang berkesan.



Kesimpulannya, menjadi pendengar yang baik bukanlah hanya sekadar tentang mendengar kata-kata, tetapi juga tentang memberikan sokongan, empati, dan penghargaan kepada individu yang mengalami tekanan atau emosi yang tidak stabil samada marah, kecewa, sedih dan sebagainya.


Tags

Catat Ulasan

1 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Agree kak. Krn itu saya prefer simpan hp dalam tas tiap kali berbincang dengan teman atau saat mendengarkan masalah mereka. Saya tipe yg introvert, tak banyak ngomong, tapiii saya good in listening ☺️. Di antara temen2, biasanya saya yg jadi tempat curhat mereka.

    Dari situ belajar, kalo orang pastilah tak suka saat ngobrol tapi teman bicara tak fokus, atau pegang hp, atau tak menunjukkan empati. Karenanya saya tak suka hp dalam jangkauan di saat sedang bicara dengan teman. Mengurangi fokus

    BalasPadam

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Top Post Ad

Below Post Ad