Type Here to Get Search Results !

Green Tamera Gud Nite for Difficulty in Sleep

Assalamualaikum
Bismillah

Sebenarnya artikel ni aku dah lama nak buat cuma hari ini baru rasa nak post. Malam adalah tempat untuk berehat, tetapi tahun lalu aku menghadapi insomnia sehingga mengganggu pola tidur. 

Setiap malam setiap kali nak pejamkan mata, fikiran tidak mahu berehat. Mata bertutup tetapi fikiran berjalan terus. Nak tidur langsung tak dapat. Berjaga sampai jam tiga sehingga empat pagi. Malahan, sampai ke Subuh baru dapat tidur.

Siang umpama malam. Malam pula umpama siang. Sampaikan badan jadi lesu dan rasa letih sangat kerana pola tidur terganggu. 

Yang menyebabkan aku tidak boleh tidur lagi ialah cuaca yang seringkali hujan dan kilat sambar menyambar. Entahlah orang lain mungkin rasa seronok tidur dalam hujan, tetapi tidak bagi aku. 

Sebelum aku menetap di Johor, ketika aku masih bujang dan masih tinggal di Sabah, setiap kali hujan aku memang tidak dapat tidur kerana rumah kami sering dilanda banjir. Hujan sejam saja pun, rumah dah dinaiki air. 

Setelah aku berkahwin dan tinggal sendiri, setiap kali hujan aku memang tidak dapat lelapkan mata. Terutama sekali kalau husband tiada di rumah. 

Rumah aku sekarang walaupun rumah teres dan bilik di atas, rasa anxiety tu cepat datang setiap kali hujan. Memang tak dapat nak tenangkan hati. 

Tahun lalu aku rasa dalam bulan Julai - Ogos hujan berterusan saja di Johor. Aku nak tidur tak dapat. Walaupun cuaca semakin baik, tetapi after effect tu masih ada. Aku jadi susah nak tidur. 

Apabila tak dapat tidur nie memang stress. Kadang mengadu kat husband. Tak boleh buat apa sebab masa husband takda di rumah memang kena hadaplah semua nie. 

Akhirnya aku pergi farmasi dan minta nasihat doktor kalau ada supplemen yang boleh bantu untuk mengurangkan masalah tidur aku. 

Green Tamera Gud Nite

Green Tamera Gud Nite ini adalah supplemen yang disarankan untuk diambil bagi membantu mengurangkan masalah tidur.

Antara kandungan bahan yang ada dalam supplemen ini ialah :
Kandungan bahan dalam supplemen ini diambil daripada tumbuh-tumbuhan yang mana membantu mengurangkan masalah insomnia, anxiety, dan bagi kita relaks dan menstabilkan mood sebelum tidur.

Untuk jangka masa panjang tidak digalakkan untuk ambil supplemen ini. Kalau rasa masalah tidur dah berkurang boleh berhenti untuk minum. 

Dalam sebulan aku ambil capsule ini hanya 1-3 kali sahaja. Tak boleh depend sangat dengan supplemen. 

Kalau rasa masalah ini berterusan boleh jumpa dokor untuk consultation. 

Untuk kes aku, doktor kata aku mungkin stres sebab tinggal seorang. Tiada teman untuk bercerita atau berkongsi. Kadang tu aku video call juga dengan family tetapi feeling tu tak sama dengan kita face-to-face dengan orang. Bila doktor kata aku stress. Macam tak boleh percaya pula. Aku rasa okay saja. 

Tapi tulah kadang kita rasa okay rupanya tak okay. 

Alhamdulillah, hidup berumahtangga ni bahagia punya suami yang memahami dan sentiasa ada buat isteri. Cuma ada benda yang memang tak boleh nak dielak. Suami tak selalu ada di sisi kerana kerja keras untuk menampung keluarga. 

Keluarga pun jauh di Sabah. Nak balik setahun sekali pun payah. Itupun tak dapat cuti lama sangat. Itulah ujian buat aku sebagai isteri. 

Sentiasa mengharap semoga ada rezeki 'cahaya mata'. Nak juga ada teman di rumah nie. 

Masalah tidur aku semakin berkurang as long emosi aku tidak terganggu. Kadang kalau nak cepat tidur waktu malam aku kurangkan minum manis dan berjalan di treadmill. 

Masalah tidur memang sering dianggap remeh oleh ramai orang, tetapi impaknya boleh sangat serius terhadap kesihatan fizikal dan mental seseorang.


Tags

Catat Ulasan

5 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. sis tinggal d mana? kalau dekat boleh je jalan2 ke rumah ldy ni ha.. ldy kerja dr rumah.. pun xde kawan.. maka mmg ade sedikit perasaan dan axiety tu.. kene keluar dan cari sesuatu yg baru.. bile kite gembira dan emosi ok.. insyaAllah xperlu makan ubat tu lagi.. ldy doakan agar sis semakin sihat nnti.. ameeennnn

    BalasPadam
  2. Mungkin trauma akibat banjir buat Nurul tak lena tidur tiap kali hujan. Saya pun ada trauma tu tapi bila masuk musim tengkujuh dan hujan tengah lebat sebab rumah mak selalu dinaiki air tiap kali musim tu tiba.

    Semoga Allah beri ketenangan pada awak dan dikurniakan zuriat yang sihat untuk temankan ibunya ni nanti..aamiin yra.

    BalasPadam
  3. kena cari kwn-kwn sama ada face to face ataupon kwn-kwn online, blh sharing kurangkan stress

    BalasPadam
  4. Semoga skr ini masalah tidur Kaka Nurul tak terlalu berulang yaa. Krn memang suplemen tidur seperti ini tak bisa dipakai JK panjang. Dulu saya juga pernah pakai, tp dokter bilang, tak boleh ketergantungan. Bahaya utk ginjal. Jadi saya pun berusaha utk stop saat pola tidur membaik.

    BalasPadam
  5. sabar Nurul..faham sangat..Moga Nurul & suami dikurniakan cahayamata..Ada kawan di rumah untuk teman bila husband kena kerja..

    BalasPadam

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Top Post Ad

Below Post Ad