Assalamualaikum
Bismillah
Alhamdulillah, rumah sewa baru dah siap cat dan renovate. Nanti selepas raya kami pindah dah di sini. Tak sangka dah masuk 2 tahun kami menyewa di Pontian.
Kalau ingat balik mula-mula menyewa memang tiada apa-apa langsung. Maklumlah baru saja kahwin. Menyewa rumah kosong, perabot apapun tiada. Dapur dan peralatan memasak semuanya beli sendiri.
Setelah 2 tahun menyewa, rumah nie dah penuh dengan barang. Mostly checklist keperluan barang rumah dah lengkap. Alhamdulillah Allah sentiasa berikan rezeki dari yang tak disangka.
Ini keadaan rumah sebelum di cat. Penyewa lama masih belum pindah lagi masa nie. Jadi tak dapat tengok keadaan rumah di dalam.
Setelah penyewa lama dah keluar, tuan rumah suruh datang tengok rumah dulu. Rumah luas, bermozek dan mempunyai 3 bilik.
Masa nie rumah belum bercat lagi. Kata tuan rumah, mana-mana kerosakan seperti soket dan lampu akan ditukar semuanya. Dan siling rumah pun akan ditutup supaya nampak lagi kemas dan tidak berhabuk.
Selepas dah siap tukar semuanya dan cat rumah, tuan rumah suruh datang balik tengok untuk final check sebelum kami confirm nak menyewa. Kalau puas hati dengan keadaan rumah baru ikat dengan kontrak rumah sewa.
Ini pula keadaan rumah setelah siap dicat dan renovate. Nampak luas dan cantik sikit. Alhamdulillah so far memang puas hati juga. Rumah 3 bilik ni pun dah cukup luas untuk kami berdua.
Aku suka rumah ini sebab bermozek jadi senang sikit nak bersihkan sebab kurang berhabuk. Selain itu, ada tempat khas untuk sinki dan dapur memasak.
Tandas pun asing dengan kamar mandi jadi okay sikit.
Rumah sewa kami sekarang walaupun murah tetapi cepat berhabuk sebab lantai semen, tandas pula sekali dengan kamar mandi.
Dapur pula susah nak memasak sebab tiada apa-apa selain sinki sahaja. Tetapi disebabkan kami baru saja berkahwin susah sikit nak cari rumah yang okay sebab belum stabil dari segi ekonomi lagi.
Memang cari rumah asal ada tempat berteduh saja. Itu pun dah cukup bersyukur sebab suami dah sediakan tempat tinggal dan keperluan rumah.
Alhamdulillah, setelah dua tahun berkahwin dan stabil sedikit ekonomi bolehlah cari rumah yang lagi selesa. Sebab tu rasa excited sikit dapat rumah sewa baru dengan tuan rumah yang sama. Senang sangat nak berunding tentang sewa.
Alhamdulillah, aku rasa bersyukur sangat. Kalau ingat balik struggle juga mula-mula kahwin dengan masalah kewangan, menyesuaikan diri dengan suasana di negeri orang dan baru nak kenal dengan suami sendiri lagi. Almaklumlah, kami tunang cuma 2 minggu terus kahwin.
Susah senang dengan pasangan are real!
Ada orang mungkin dikurniakan rezeki dapat beli rumah atau rumah yang lagi selesa. Tetapi itukan rezeki orang lain.
Apa yang suami sediakan sebenarnya lebih dari cukup dah. Alhamdulillah, syukur sangat.
Mungkin kami menyewa di Pontian ni pun tak lama. Kerja terus di sini pun susah juga bak kata pepatah hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Rindu nak balik menetap di Sabah.
Selamat mendeko2 rumah sewa baru
BalasPadamDapur memang betul-betul luas tu. Sejuk mata tengok.
BalasPadamAlhamdulillah. Ada rumah sewa yg selesa buat tempat berteduh. Abam Kie dulu pun 6 thn menyewa sebelum berjaya duduk di umah sendiri.
BalasPadamDapurnya luas, puas hati tengok.
BalasPadamApa-apapun moga rutin harian dipermudahkanNYA.
Baguuus dan dari foto memang terlihat luas kak 👍. Cukuplah buat pasangan baru kan 😊.
BalasPadamSetujuu, bahwa tiap pasangan rezeki nya beda2. Apalagi kalo ada niat utk cari kerja di Sabah lagi, kan better sewa saja di tempat orang.
Alhamdulillah ada rumah
BalasPadamluas sgt rumah ni.. mmg cantik selepas dicat ..
BalasPadamBesar rumahnya tu. Nak main badminton dalam rumah pun boleh rasanya
BalasPadamTerima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.