Type Here to Get Search Results !

Kembali Menulis

Assalamualaikum
Bsimillah

Selama hampir sebulan, aku memilih untuk menjauhkan diri dari hiruk-pikuk kegiatan menulis. Walaupun peluang untuk menuangkan kata-kata begitu melimpah, aku memilih untuk berehat sejenak merenung dan menjauh dari dunia blog.

Alhamdulillah Syukur, tahun ini aku diberi kesempatan untuk kembali ke tanah airku, Sabah. Bersama suami, kami merayakan Hari Raya di kampung halaman selama sebulan.


Kami balik pada 31 Mac bersamaan hari Ahad. Cuaca waktu tu mendung. Tetapi apabila dah di atas awan cuaca agak cerah. Dan pertama kali dapat lihat sunset di atas kapal terbang. 

Sampai di Sabah selepas Maghrib. Biasanya setiap kali balik Sabah aku dan suami akan tinggal di rumah keluarga aku dahulu di Kota Kinabalu. Seminggu sebelum beraya aku habiskan masa dengan keluarga aku di rumah sambil buat persediaan untuk beraya. 

Sepanjang di KK memang fullblast bawa adik-adik perempuan cari baju raya dan beli belanja untuk keluarga beraya. Namun, beberapa hari sebelum Hari Raya, kami mendapat berita duka dari keluarga suami. Jadi, kami terpaksa balik ke Kudat pada 6 April.

Beberapa hari sebelum beraya memang agak sibuk buat persediaan raya dan menghabiskan baki Ramadan bersama keluarga mertua di Kudat. Raya tahun ni aku masak Rendang Daging. 


Tahun ni giliran beraya di rumah mertua dulu sebab suami dah bertahun tak beraya bersama keluarga sejak mula PKP lagi. Sementara itu, abang dan kakak ipar aku pula beraya di rumah keluarga aku di Kota Kinabalu. 

Tahun ini nak berkumpul beraya juga dengan abang dengan kakak iparku cuma tiada kesempatan masa. Cutinya pula tak lama. Jadi tak dapatlah nak beraya bersama-sama dengan kakak iparku. 

Aku dan abang aku berkahwin selang sebulan saja. Jadi sejak berkahwin kami jarang dapat berjumpa kerana dia tinggal di Sandakan dengan kakak ipar aku. Malah, aku pula tinggal di Johor ikut suami. 

InsyaAllah, semoga dipanjangkan umur untuk beraya dan berkumpul bersama untuk tahun-tahun akan datang. 


Hari raya ketiga pula kami balik kampung suami di Pitas. Kami jalan dari Kudat jam 5 petang dan sampai ke Pitas jam 11 malam dah. Keesokan harinya pula kami ziarah kuburan di Pulau. Kata suami, kuburan lama terletak di Pulau. 

Dah lama tak naik perahu. Kali terakhir aku naik perahu rasanya masa tingkatan 4 kot. Kampung suami lebih kurang sama saja dengan kampung aku di Pulau Balambangan. Dah lama tak berasa suasana di kampung, memang tenang dan nyaman. 


Kemudian, raya ke-11 kami buat rumah terbuka pula di rumah aku di Kota Kinabalu. Syukurlah dapat berkumpul bersama-sama dengan keluarga dan keluarga sebelah suami. Alhamdulillah tahun nie raya meriah sedikit kerana semua anak-anak pun balik. 

Yang stay di Johor balik. Yang stay di Sandakan pun balik. Alhamdulillah 'ala kulli hal semuanya dipermudahkan. Niat nak ziarah kuburan arwah atok pun dah termakbul. Suami yang berhajat nak balik Pitas juga bermakbul. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan.

Tahun nie memang sibuk sangat sampaikan tak teringat nak ambil gambar langsung. Sibuk memasak dan layan tetamu yang tak putus-putus datang ke rumah dari pagi sehingga malam. 


Seminggu sebelum balik Johor lebih banyak habiskan masa dengan keluarga di KK dan di Kudat. Mungkin sebab dah lama tak balik jadi tak ingat sangat nak ambil gambar.

Balik kampung memang tak ingat apa dah. Laptop dalam beg tak bersentuh. Ada pun buka sekejap saja sebab nak minta anime dengan adik. 


Masa berlalu dengan cepat. Tak sedar rupanya dah sebulan berada di Sabah. Sebelum balik sempat lagi berjumpa dengan kawan sekolah lama. Nak sembang lama tak dapat. Rezeki dapat jumpa di airport pun sekejap saja.

Sebelum masuk balai pelepasan ambil gambar kenangan bersama dengan keluarga dan sahabat. Rasa macam baru semalam di Sabah, sekarang dah di Johor.

Sampai di Johor pula sibuk mengemas untuk pindah rumah. Di rumah sewa baru pula sibuk mengemas barang. Ambil masa 4 hari juga untuk siap kemas sepenuhnya. Hari ini baru dapat menulis blog walaupun masih banyak lagi barang yang perlu dikemas. 

Sekian itu sahaja coretan sepanjang bercuti. 


Tags

Catat Ulasan

5 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Selamat hari raya aidilfitri maaf Zahir dan batin kak

    BalasPadam
  2. Pastinya seronok dapat berhari raya bersama keluarga di kampung halaman

    BalasPadam
  3. Waktu seakan lari ya kak. Tak terasa dah sebulan di sana, dah balik JB pula skr 😄.

    Tapi pasti happy sangat bisa bertemu dengan keluarga selama raya dan puasa 🤗

    Nanti setelah semua urusan beres, semoga kak Nurul pun bisa aktif lagi menulis.

    BalasPadam

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Top Post Ad

Below Post Ad