Bismillah
Langsir untuk tingkap di dapur nie sebenarnya bekas langsir tingkap rumah sewa lama. Langsir nie masih elok lagi cuma bahagian bawah langsir dah lusuh.
Mulanya nak beli langsir baru di Shopee. Tapi tak sangka pula langsir untuk dapur lagi mahal. Sebulan cuti di Sabah lupa pula minta mak jahitkan langsir. Dah balik Johor nie baru teringat pasal langsir.
Aku minta suami pasangkan langsir di dapur macam tu saja tetapi suami kata bahaya langsir kalau terlalu panjang, nanti terbakar sebab dekat dengan kawasan untuk memasak.
Jadi aku pun gunting kepada dua bahagian langsir tu. Jadilah rupa langsir macam gambar di bawah.
Warna langsir nie light blue. Tapi mungkin sebab dah lama, jadi warna pun pudar. Aku pun suka langsir nie sebab tak gelap sangat.
Bahagian di dapur ni kalau waktu siang memang panas jugalah sebab matahari naik sebelah sini. Langsir lama ni tak banyak sangat. Kalau banyak boleh tutup bahagian bawah sinki supaya nampak lagi kemas dan sedap mata memandang.
Sejak pindah rumah baru nie tak berapa nak deko sangat sebab bukan rumah sendiri haha.
Lagi minimalist lagi senang nak mengemas dan tak banyak barang nak packing kalau dah tak tinggal sini.
cantik jerk.. :D.. aah, kalau ldy pun begitu.. rumah org kite deco simple2 shj.. nti mudah nak kemas kalau dah perlu pindah...
BalasPadamBetul, kalau rumah sewa memang deco paling minimum macam kami sebelum ni. Senang kemas kalau kena pindah. Ok je langsir tu, elok tak gelap sangat.
BalasPadamSaya pun deco paling ringkas je walau dok rumah sendiri.. hehehe.. senang nak kemas.
BalasPadamNice...Separuh pun boleh... =)
BalasPadamCantik juga
BalasPadamcantik gini..simple jer. Akak pun tengah fikir-fikir ni nak pasang langsir atau tinted sahaja tingkap dapur.
BalasPadamFeel nya beda memang, kalo rumah sewa, saya pun Deco seadanya, yg penting fungsional dan rapi 😄ðŸ¤. Beda cerita kalo rumah sendiri. Baru nak all out hahahah
BalasPadamTerima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.