Berita baik, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan bahawa keputusan SPM akan dikeluarkan pada 27 Mei 2024, hari Isnin.
Tarikh ini juga kebetulan jatuh pada cuti sekolah bagi penggal pertama sesi 2024/2025, jadi tak perlu risau tentang mengambil cuti tambahan!
Cara Semak Keputusan SPM 2023
Ada beberapa cara untuk anda semak keputusan SPM dengan mudah:1. Secara Fizikal (Hadir)
- Calon sekolah: Pergi ke sekolah masing-masing.
- Calon persendirian: Pergi ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat anda mendaftar.
2. Secara Dalam talian
Layari http://myresultspm.moe.gov.my mulai jam 10:00 pagi, 27 Mei 2024 hingga 6:00 petang, 2 Jun 2024.
3. Melalui SMS
Hantar mesej dengan format SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran ke 15888. Sistem ini akan dibuka mulai jam 10:00 pagi, 27 Mei 2024 hingga 6:00 petang, 2 Jun 2024.
Jika tiada capaian internet, jangan risau! Anda masih boleh hadir ke mana-mana sekolah, PPD atau JPN berdekatan untuk mengakses myresultspm.moe.gov.my.
Tidak Puas Hati dengan Keputusan?
Kalau anda rasa ada kesilapan dalam keputusan SPM, boleh buat permohonan semakan semula dalam masa 30 hari dari tarikh pengumuman, iaitu dari 27 Mei hingga 26 Jun 2024. Bayaran RM100 akan dikenakan bagi setiap mata pelajaran yang disemak.Untuk kes "T" (Tidak Hadir), permohonan semakan semula juga boleh dibuat dalam tempoh yang sama.
Permohonan Semakan Semula Keputusan
- Tempoh permohonan: 27 Mei - 26 Jun 2024
- Bayaran: RM100 setiap mata pelajaran
- Platform: Portal https://elp.moe.gov.my atau aplikasi e-Lembaga Peperiksaan
Gred Keputusan SPM
Berikut adalah takrif gred keputusan SPM:- A+ (Cemerlang Tertinggi)
- A (Cemerlang Tinggi)
- A- (Cemerlang)
- B+ (Kepujian Tertinggi)
- B (Kepujian Tinggi)
- C+ (Kepujian Atas)
- C (Kepujian)
- D (Lulus Atas)
- E (Lulus)
- G (Gagal)
1. Keputusan ditahan/ dibatalkan
- Catatan “Keputusan ditahan” menerangkan calon berkenaan disyaki telah melakukan salah laku semasa peperiksaan dan keputusan hanya dikeluarkan selepas siasatan selesai dijalankan.
- Catatan “Keputusan dibatalkan” menerangkan calon terbukti melakukan salah laku dan ditanda dengan ‘X’ dalam slip keputusan peperiksaan.
2. Keputusan “T”
Catatan “Keputusan T” menerangkan calon tidak hadir kertas yang diduduki sama ada keseluruhan kertas atau sebahagian kertas.
Info Lanjut dan Pertanyaan
Sebarang pertanyaan, hubungi talian Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing;Anda ikuti Sosial Media KPM berikut untuk maklumat terkini;
- Facebook – https://www.facebook.com/KemPendidikan/
- Instagram – https://www.instagram.com/kempendidikan/
- Twitter – https://twitter.com/KemPendidikan
alahai. anak nak amik result, Mummy pun sama nervous ni..
BalasPadamsemoga ramai pelajar yang dapat cemerlang... ameeennnn
BalasPadamTerima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.