Type Here to Get Search Results !

Bagaimana Cara Memastikan Haid Sudah Berhenti

Bagaimana Cara Memastikan Haid Sudah Berhenti

BAGAIMANA MENGETAHUI DARAH HAID TELAH BERHENTI?

Untuk mengetahui bagaimana darah itu berhenti ialah farajnya telah kering. Caranya ialah masukkan kain atau kapas ke dalam farajnya dan perhatikan apakah masih ada kesan warna darah atau keruh atau kuning. 

Jika tidak terdapat kesan warna-warna itu maka ini menunjukkan farajnya telah kering daripada haid walaupun pada kain atau kapas itu terdapat lembapan. (25)

Al-Imam al-Nawawi rahimahullah menyebutkan: Tanda berhentinya haid dan wujudnya suci ialah berhentinya darah yang keluar dan juga cairan kuning dan keruh. Apabila terputus darah yang keluar maka wanita itu menjadi suci sama ada selepasnya keluar lembapan berwarna putih ataupun tidak.


Cara menguji kebersihan darah ini adalah berdasarkan apa yang diberitahu oleh Aisyah RA kepada beberapa orang wanita yang menghantar kepadanya kapas yang mempunyai kesan warna kuning, lalu Aisyah berkata: "Janganlah kamu gopoh melainkan setelah mendapati qassah (cairan) putih (Maksud hadith riwayat al-Bukhari).

Maksudnya ialah kebersihan daripada haid. Ertinya, sehinga kapas yang digunakan untuk menahan haid kekal putih seolah-olah kapur yang tidak bercampur dengan warna kuning. Ini kerana perkataan القصة pada asalnya bermaksud kapur yang digunakan untuk membuat binaan. 

Ini bermaksud berhentinya haid boleh terjadi dengan kering tanpa kesan darah atau cairan, atau darah berhenti dan disusuli oleh qassah (cairan / lendir putih seakan-akan hingus) sebagaimana yang biasa dilalui oleh sebahagian/ramai wanita.

Tanda-tanda dan pemberitahuan yang dikemukakan ini merupakan pendapat yang dipegang dalam mazhab Hanafi, Syafi'e dan Maliki. (26)

Nota :
25. Al-Mausu'ah al-fiqhiyyah, jilid 18, halaman 310.
26. Al-Ihatah, halaman 24.



TIDAK PASTI WAKTU SEBENAR DATANG ATAU BERHENTINYA DARAH

Biasanya seorang wanita tidak dapat memastikan secara tepat bilakah darah itu datang kerana dia hanya mengetahui adanya darah apabila dia melihatnya walhal darah itu kemungkinan telah datang sebelum itu lagi. 

Contohnya seorang yang bangun daripada tidur mendapati ada darah, lalu timbul kesangsian bilakah darah itu mulai datang dan bagaimana dia hendak mengetahui cukup atau tidak tempoh haidnya kerana dia tidak tahu bila darah itu mula datang?

Demikian juga jika darahnya berhenti, di mana dia hanya menyedarinya setelah melihatnya walhal ada kemungkinan darah itu berhenti sebelum dia melihatnya dalam waktu yang singkat atau lebih lama. 

Jika terjadi kejadian begini, seorang wanita tidak perlu gusar memikirkan hal-hal yang tidak pasti. 

Penetapan bermula dan berakhir haidnya adalah berdasarkan bilakah dia mula menyedarinya. Ini kerana semasa di menyedarinya maka itulah waktu yang dapat diyakininya.

Berdasarkan inilah para fuqaha' menyebutkan bahawa apabila seorang wanita melihat darah haid tetapi dia tidak tahu bilakah terjadinya haid itu maka hukumnya samalah seperti orang yang melihat air mani pada pakaiannya tetapi dia tidak mengetahui bilakah keluarnya air mani itu. 

Dalam hal ini orang tersebut hendaklah mandi dan mengulangi solat sejak dari akhir tidurnya. 

Ini berdasarkan kaedah fekah yang menyebutkan:

الْأَصْلُ فِي كُلِّ حَادِثٍ تَقْدِيرُهُ بِأَقْرَبِ زَمَنٍ

Terjemahan:
Asal bagi setiap perkara yang baru terjadi ialah menganggarkannya dengan waktu paling hampir. (27)

Nota : 
27. Al-Mausu'ah al-Fiqhiyyah: Jilid 26, halaman 193.


Menurut Mutfi Wilayah Persekutuan dalam artikel AL-KAFI #1964: TANDA - TANDA SUCI DARIPADA HAID, wanita perlu mandi wajib apabila darah haid sudah berhenti disamping terdapat tanda-tanda suci daripada haid seperti kering daripada darah   ( الجوف ) atau keluar cairan putih jernih ( قصة البيضاء ). 

Wanita yang telah kering haid pada hari ke-6 tidak perlu menunggu sehingga hari ke hari-15 untuk mandi wajib. Bahkan apabila terdapat salah satu tanda suci maka diwajibkan ke atas mereka mandi hadas untuk pelaksanaan ibadah. 

Kaedah mengenal pasti tanda suci daripada haid dengan cara memasukkan kapas ke dalam faraj, lalu kapas yang dikeluarkan itu kering putih bersih tanpa kesan-kesan darah mahupun terdapat cairan putih setelah darah kering.


Tags

Catat Ulasan

3 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Terima kasih atas perkongsian. Selalunya memang buat mcm ni bila nak check dah betul2 berhenti ke tak. Satu lagi cara ialah tengok jumlah hari contohnya saya selalunya ambik masa 9 hari baru kering, jadi saya akan tunggu hari ke-9 untuk mandi hadas. Sebab kadang2 hari ke-7 nampak mcm dah berhenti tapi hari ke-8 tiba-tiba keluar lagi 😅

    BalasPadam
  2. Sama dengan Carneyz. Saya Krn biasanya memang 14 hr, jadi terkadang saya tunggu dulu. Pernah di hari 11 dah berhenti, tp ke 12 msh kluar flek coklat.

    BalasPadam

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Top Post Ad

Below Post Ad