Type Here to Get Search Results !

Bask Bear Coffee Cheezy Beef & Aren Caramel Latte

Assalamualaikum
Bismillah

Dah lama tak order delivery food. Hari ini teringin nak makan sesuatu. Jadi aku pun order Bask Bear Coffee Cheezy Beef & Aren Caramel Latte. 

Sejujurnya ini pertama kali aku mencuba makanan dan minuman dari Bask Bear Coffee nie. Aku dah lama perhatikan kedai nie since dibuka di Pontian tahun lalu. 

Bask Bear Coffee

Terdapat pelbagai jenis menu juga yang ada. Aku order Cheezy Beef (RM15.00) dan Aren Caramel Latte (RM10.28)

Dari segi packaging memang menarik. Cuma aku tak expect pula portion dia kecil. Bagi orang yang tak makan banyak macam aku nie okaylah. Namun, bagi mereka yang mempunyai selera makan yang besar, portion ini mungkin agak mengecewakan.

Bask Bear Coffee Cheezy Beef & Aren Caramel Latte


Untuk Cheezy Beef nie bagi aku takda juga special sangat. Rasa cheese tak banyak sangat tetapi beef dia okaylah.  Jika dibandingkan, aku rasa menu Classic Chicken & Egg mungkin lebih berbaloi kerana harganya yang lebih murah.

Cuma bagi aku harga dia tidak berbaloi dengan portionnya yang sedikit. Aku rasa roti gardenia tu lagi lebar. 

Untuk Aren Caramel Latte pula aku suka cuma ramai yang kata macam rasa kopi hainan saja. Entahlah aku tak pernah rasa kopi hainan macam mana. Apa yang aku tahu, latte ini memang sedap dan tidak terlalu manis, sesuai dengan citarasa aku. Cuma, aku perasan gelasnya agak kecil.

Secara keseluruhannya, pengalaman pertama aku dengan Bask Bear Coffee adalah biasa-biasa saja. Portion yang kecil dan harga yang agak tinggi membuatkan aku rasa ia kurang berbaloi. Kalau beli secara delivery, harga mungkin lebih mahal sedikit, tetapi itu normal untuk perkhidmatan penghantaran.

Rating: Aku beri 3/5 bintang. Portion makanan yang sedikit dan harga yang tidak begitu berpatutan menjadi faktor utama rating aku. Namun, dari segi rasa, Aren Caramel Latte tetap menjadi kegemaran aku walaupun saiz gelasnya kecil.

Begitulah sedikit sebanyak review aku tentang Bask Bear Coffee. Kalau ada sesiapa yang pernah cuba atau nak kongsi pengalaman, bolehlah komen di bawah. Adakah ada menu lain yang lebih berbaloi untuk dicuba?

Tags

Catat Ulasan

5 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Top Post Ad

Below Post Ad