Bismillah
Tahun ini aku mahu hidupkan semula hobi yang aku dah lama tinggalkan iaitu menulis jurnal. Untuk memilih cover journal yang sesuai bukan sekadar mengira soal aesthetic tetapi juga bagaimana cover tersebut mewakili identiti dan tujuan jurnal.
Love yourself from the bottom of your heart and accept all of yourself.
Tagline "Cintai diri anda dari lubuk hati dan terimalah segala kekurangan diri" mungkin kedengaran seperti klise dalam era moden ini, tetapi ia adalah nasihat yang penuh makna buat aku.
Mengasihi diri sendiri bukan hanya bermaksud menerima kekuatan dan kelebihan kita, tetapi juga belajar untuk merangkul kelemahan dan kekurangan diri sendiri.
Menerima semua kekurangan diri sebenarnya memberi ruang untuk maju ke depan.. Hanya orang yang faham tentang kelemahan dirinya sahaja dapat sentiasa memperbaiki diri.
Tiada siapa yang sempurna. Itulah yang membuatkan diri setiap individu itu unik. Belajar untuk menerima kelemahan dan memahami bahawa kesilapan adalah sebahagian daripada proses pembelajaran.
Terimalah diri dengan seadanya kerana ia adalah sebahagian daripada siapa kita.
Banyak teman2 saya yg juga aktif membuat jurnal. Bagi mereka itu pun proses rileks agar pikiran tenang. Kagum melihat hiasan2 yg mereka buat sehingga jurnalnya tampak menarik.
BalasPadamMembuat jurnal dengan banyak kata motivasi pun, bisa bantu kita utk lebih semangat kan
Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.