Sijil Pengembaraan Pelancongan, Kolej Komuniti Sandakan, Sabah

Sii Nurul
By -
3
Assalamualaikum
Bismillah

Setelah keputusan SPM diumumkan, adik aku memohon UPU. Dan semakan permohonan upu menunjukkan bahawa adik aku telah ditawarkan program pengajian untuk Sijil Pengembaraan Pelancongan Kolej Komuniti Sandakan, Sabah.

Adik aku berminat untuk sambung ke Politeknik atau Kolej Komuniti kerana lebih berminat untuk belajar secara praktikal berbanding teori. Dia ditawarkan juga untuk ke tingkatan 6 tetapi adik aku menolak tawaran tersebut.

Sebenarnya pilihan pertama dia adalah politeknik tetapi dia tak dapat. Setelah berbincang dengan abang dan family, akhirnya dia terima untuk sambung ke Kolej Komuniti Sandakan.

Antara sebab pertama kami bersetuju kerana program yang ditawarkan itu ialah program yang diminati. Kedua, walaupun Sandakan itu jauh dari Kota Kinabalu, abang aku dan isterinya tinggal di Sandakan. Jadi dari segi kenderaan dan tempat tinggal pun senang. 

Sebab ketiga kerana yuran pengajian yang murah berbanding masuk ke IPTA ataupun kolej. Selain itu juga, pelajar diberikan bantuan kewangan sepanjang tempoh pengajian. 

Walaupun aku, abang dan adik lelaki aku sambung ke Univerisiti tidak semestinya adik-adik aku yang lain juga kena ikut jejak kami untuk masuk universiti. Adik aku lelaki nombor 4 selepas SPM terus kerja. Alhamdulillah, sekarang dah masuk 4 tahun bekerja tetap. 

Kami ada juga tanya kalau dia nak sambung belajar, tetapi dia selesa dah dengan kerjanya. Jadi itu pilihan kerjaya dia. Rezeki masing-masing kan, ada yang bekerja. Ada juga yang nak sambung belajar. 

Alhamdulillah, adik perempuan aku pula katanya nak sambung belajar. Tak kisahlah bidang apapun, institusi manapun kalau masih ada minat mahu belajar just go ahead. 

Memandangkan kami adik beradik tidak pernah sambung ke Kolej Komuniti, jadi ini pertama kali jugalah dalam keluarga yang sambung belajar selain di Matrikulasi dan Tingkatan 6. 

Sijil Pengembaraan Pelancongan, Kolej Komuniti Sandakan, Sabah

SEMAKAN KEPUTUSAN KEMASUKAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI BAGI SESI I : 2024/2025

Permohonan melalui UPUONLINE
  • Semakan keputusan permohonan melalui UPUONLINE boleh dibuat mulai 28 Jun 2024 jam 12.00 tengah hari melalui pautan UPUONLINE

  • Calon yang tidak berjaya boleh membuat permohonan rayuan mulai 28 Jun 2024 melalui pautan RAYUAN UPUONLINE

  • Cetakan surat tawaran dan pengesahan setuju terima tawaran boleh dibuat mulai 30 Jun 2024 jam 5.00 petang melalui pautan SEMAKAN

  • Tarikh rasmi pendaftaran pelajar baharu Politeknik / Kolej Komuniti adalah pada 28 / 29 Julai 2024.


Permohonan melalui eBorang MYPOLYCC
  • Semakan keputusan permohonan melalui eBorang MYPOLYCC boleh dibuat mulai 30 Jun 2024 jam 5.00 petang melalui pautan SEMAKAN

  • Calon yang tidak berjaya boleh membuat permohonan rayuan mulai 30 Jun 2024 melalui pautan RAYUAN eBorang

  • Cetakan surat tawaran dan pengesahan setuju terima tawaran boleh dibuat mulai 30 Jun 2024 jam 5.00 petang melalui pautan SEMAKAN

  • Tarikh rasmi pendaftaran pelajar baharu Politeknik / Kolej Komuniti adalah pada 28 / 29 Julai 2024.

Kolej Komuniti Sandakan, Sabah

Sijil Pengembaraan Pelancongan

Program ini bertujuan melengkapkan pelajar dengan kemahiran terkini dalam industri pelancongan. Kandungannya merangkumi pelbagai aspek seperti Asas Pelancongan Malaysia, Pemasaran Pelancongan, Operasi Acara, serta kemahiran dalam Pemanduan dan Pengangkutan Pelancongan. Pelajar akan melalui latihan amali dan praktikal, serta dilengkapi kemahiran keusahawanan. 

Program ini berlangsung selama empat semester, termasuk latihan industri pada semester terakhir, untuk mempersiapkan pelajar menghadapi cabaran dunia kerja sebenar dalam bidang pelancongan.

Prospek Kerjaya

Program ini memberi pelajar pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pelancongan, yang relevan untuk pelbagai kerjaya dalam industri pelancongan. Graduan program ini boleh meneroka peluang pekerjaan seperti :
  • Pemandu Pelancong Bandar (City Guide)
  • Pemandu Pelancong Alam Semula Jadi (Nature Guide)
  • Pemandu Pelancong Setempat (Onsite Guide)
  • Kerani Tempahan
  • Perunding Lawatan
  • Koordinator Lawatan
  • Pegawai Pelancongan
  • Penyelia Rekreasi
  • Pengendali Acara
  • Pegawai Khidmat Pelanggan
  • Wakil Pemasaran dan Jualan
  • Usahawan

Setelah habis belajar di Kolej Komuniti, pelajar boleh sambung ke peringkat Diploma di Politeknik. 

Sijil Pengembaraan Pelancongan, Kolej Komuniti Sandakan, Sabah

Permohonan kemasukan ke Politeknik dan Kolej Komuniti telah dibuka bagi Sesi 2 2023/2024. Sila layari laman sesawang http://ambilan.mypolycc.edu.my @ boleh hubungi / Whatsapp Pegawai Pengambilan Kolej Komuniti Sandakan di talian 0128068973 untuk maklumat lebih lanjut.   

Apapun, semoga dipermudahkan urusan buat adik aku. Walaupun aku jauh di Johor dan family di Sabah semoga apa yang dorang impikan dan harapkan dikabulkan Allah swt.


Catat Ulasan

3Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Catat Ulasan

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!