Doa ini memang sangat relevan ketika kita menghadapi masalah atau situasi yang sukar. Dengan mengharapkan rahmat Allah dan memohon agar tidak dibiarkan mengurus diri sendiri, ini menunjukkan ketergantungan kita pada Allah dan pengakuan bahawa hanya Dia yang boleh memberikan pertolongan yang sebenar.
Doa ketika Menghadapi Masalah
اللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو فَلَا تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ وَأَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ
Ya Allah, sesungguhnya daku mengharapkan rahmatMu dari itu janganlah Engkau membiarkan daku menguruskan diriku sendiri walaupun sekelip mata. (Hadis Riwayat Abu Daud, 5090, Status hadis: Hasan)
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - JAKIM
Semoga doa ini boleh menjadi peringatan bagi kita semua untuk sentiasa bergantung kepada Allah dalam setiap keadaan, baik dalam kesukaran mahupun kemudahan.
Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.