Type Here to Get Search Results !

Resepi Dragon Fruit Smoothie dengan Yogurt

Assalamualaikum
Bismillah

Beberapa hari ini aku Intermittent Fasting untuk kurangkan rasa craving mahu makan dan minum manis. Di rumah nie banyak saja kerja nak buat. Tetapi kalau buat semua tak boleh juga, nanti dah takda kerja nak buat haha.

Husband selalunya 5 hari di laut baru balik. Jadi aktiviti di rumah selalunya tak banyak pun sebab duduk sorang ja. Nak masak pun takda siapa yang tolong habiskan nasi dan lauk. Jadi selalunya aku makan buah dan minum kopi atau teh. 

Aku banyak habiskan masa menghadap laptop jadi memang di tepi laptop ada saja makanan ringan, minuman manis, coklat lah.. Macam-macam. Nak kurus macam mana kalau tak dapat diet dari snek semua nie. haha~

Dragon Fruit Smoothie with Yogurt

Oleh sebab itu, aku pun amalkan Intermittent Fasting supaya aku dapat kawal rasa craving tu. Jadi aku hari ini sajalah nak kongsi homemade dragon fruit smoothie with yogurt. Sedap tau!

Resepi Dragon Fruit Smoothie dengan Yogurt

Bahan-bahan:
  • 1/2 cawan buah naga (daging buah dipotong dadu)
  • cair secukupnya
  • 3 biji buah kurma (rendam dalam air untuk lembutkan)
  • Yogurt strawberi secukupnya
  • Chia seed secukupnya
  • Ais batu
Cara penyediaan:
  1. Belah 2 biji kurma dan ambil isi buahnya.
  2. Masukkan dalam blender bersama buah naga, susu cair, ais batu, dan air kurma.
  3. Blend semua bahan sehingga sebati.
  4. Tuangkan smoothie ke dalam gelas. Taburkan yogurt strawberi dan chia seed di atas.
  5. Jika suka, boleh tambahkan potongan buah naga sebagai hiasan (optional).
Dragon fruit smoothie nie memang sedap kalau buat sendiri. Kalau tak tambah gula atau susu pekat lagi sedap sebab rasa manis tu dari buah naga. Tambahan dengan kurma dan yogurt memang ada rasa creamy sikit. 

Khasiat Buah Naga

Buah naga merupakan buah tropika yang dikenali dengan warna cerahnya dan daging putih atau merah. Berikut adalah beberapa manfaat atau kebaikan buah naga:
  • Kaya serat: Membantu dalam sistem pencernaan dan menjaga kesihatan usus.

  • Kandungan antioksidan tinggi: Melawan radikal bebas dalam badan, membantu mencegah kerosakan sel.

  • Meningkatkan sistem imun: Vitamin C yang tinggi menyokong sistem pertahanan badan yang sihat.

  • Mengurangkan risiko penyakit jantung: Mengandungi serat dan lemak sihat yang menyokong kesihatan jantung.

  • Menjaga kesihatan kulit: Antioksidan membantu menjaga kulit agar tetap sihat dan muda.

  • Mengawal gula darah: Baik untuk pesakit diabetes kerana mengandungi karbohidrat yang tidak meningkatkan gula darah dengan serta-merta.

  • Membantu penurunan berat badan: Rendah kalori dan tinggi serat, membantu mengawal selera makan.

  • Meningkatkan kesihatan tulang: Kandungan mineral seperti kalsium dan magnesium menyokong kesihatan tulang.

Buah naga adalah tambahan yang menyegarkan dan berkhasiat untuk diet harian, serta memberikan pelbagai manfaat kesihatan. 
Tags

Catat Ulasan

5 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Makan masa cuaca panas. Adoiu terliur

    BalasPadam
  2. Thank youuuu resepnya kaaak Nurul 😍😍😍😍. Aissh segar nih pasti. Nampak sedap juga. Biasanya kalo buah naga saya makan begitu saja. Bosan juga. Nanti nak bikin smoothies lah 😄👍

    BalasPadam

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Top Post Ad

Below Post Ad