Type Here to Get Search Results !

Syukur dan Sabar Dalam Kehidupan

Dalam perjalanan hidup ini, kita sering kali diuji dengan dugaan dan cabaran yang pelbagai. Bagi seorang yang beriman, setiap detik kehidupannya adalah sebuah rahmat dan ujian dari Allah SWT. Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa keadaan orang yang beriman itu sungguh menakjubkan, di mana setiap kejadian yang menimpanya adalah baik, tanpa terkecuali.

Apabila dia diberi nikmat oleh Allah, dia bersyukur dengan penuh keikhlasan. Syukur bukan sekadar kata-kata, tetapi suatu pengakuan yang mendalam akan kebaikan Allah yang tiada tandingannya. 

Sebaliknya, jika dugaan dan ujian menimpanya, dia bersabar dengan penuh ketabahan. Sabar bukanlah kelemahan, tetapi kekuatan yang menguatkan hati dan menambah nilai kepada setiap langkah kehidupan.
doa syukur dan sabar

Syukur dan Sabar Dalam Kehidupan

Daripada Suhaib R.A, Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya:

"Amat menakjubkan urusan orang yang beriman kerana setiap urusannya adalah baik, dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada orang beriman. Jika dia mendapat sesuatu yang menyenangkan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Dan jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya." Riwayat Muslim (7692)

DOA KESABARAN DAN KETEGUHAN


رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

“Wahai Tuhan Kami, Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir." Surah Al-Baqarah (250)




Setiap ujian adalah peluang untuk mendekatkan diri kepada Allah dan menguatkan iman.

Catat Ulasan

3 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Betul tu kena perbanyakkan sabar dalam hdup ni

    BalasPadam
  2. Semoga saja kita semua selalu dikaruniakan kesabaran dalam menghadapi ujian hidup juga rasa syukur yang besar untuk setiap rezeki yg diterima

    BalasPadam

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Top Post Ad

Below Post Ad