Ayat ini merupakan doa yang diajarkan oleh Nabi Musa AS untuk memohon pertolongan Allah SWT dalam menghadapi tugasan dan menyampaikan dakwah kepada kaumnya.
Berikut adalah doa yang sering diambil daripada ayat ini sebagai doa penerang hati dan dipermudahkan urusan:
Nabi Musa berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; dan mudahkanlah bagiku, tugasku; dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, supaya mereka faham perkataanku" (Surah Taha 20 : Ayat 25-28)
Doa dalam rumi :
"Allahumma rabbishrah lii sadrii wa yassir lii amrii wahlul 'uqdata min lisaani yafqahu qawlii."
Maksudnya : "Ya Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku urusanku, dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, supaya mereka faham perkataanku."
Doa ini sangat sesuai diamalkan untuk memohon kepada Allah agar diberi kemudahan dalam urusan harian, keberanian untuk menghadapi cabaran, dan kejelasan dalam komunikasi.
Ia juga menjadi amalan yang baik sebelum memulakan sebarang pekerjaan, pembelajaran, atau ketika menghadapi situasi yang memerlukan keyakinan dan ketenangan hati.
Semoga bermanfaat buat semua.
Memang bagus amalkan doa ni. Kalau nak berbahas, berpidato atau masa kerja nak kena buat presentation, elok amalkan supaya kita lancar dan petah berbicara 😊
BalasPadammy mom selalu suruh i baca surat taha ni utk lembutkan hati
BalasPadamTerima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.