Di dalam Tafsir Al-Jalalain, dikisahkan pada suatu hari Fir'aun menyiksa Saidatina Asiah dengan cara mengikat kedua tangan dan kedua kakinya. Didadanya pula diletakkan kincir air yang besar dan dihadapkan ke matahari yang terik. Ketika orang yang diperintahkan Fir'aun untuk menjaga Asiah pergi, maka Malaikat memeliharanya dari sinaran matahari tersebut.
Asiah berkata, “Ya Tuhanku, bangunkanlah untukku sebuah rumah di sisi-Mu di dalam syurga." Maka Allah SWT menampakkan kepadanya sebuah rumah di syurga sehingga beliau merasakan siksaan yang dialaminya itu ringan, (dan selamatkanlah aku dari Firaun dan perbuatannya) dari siksaannya terhadap diriku (dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim). Setelah itu Allah SWT mencabut rohnya. Wallahua'lam.
Firman Allah SWT,
Maksudnya : Dan Allah mengemukakan satu misal perbandingan (yang menyatakan tidak ada mudaratnya) kepada orang-orang mukmin (berhubung rapat dengan orang-orang kafir kalau tidak terjejas keadaan imannya), iaitu: perihal isteri Firaun, ketika ia berkata: "Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam Syurga, dan selamatkanlah daku dari Firaun dan perbuatannya (yang kufur dan buas), serta selamatkanlah daku dari kaum yang zalim" (Surah At-Tahrim, Ayat 11)
Kisah Saidatina Asiah ini adalah contoh yang sangat kuat tentang keimanan dan keteguhan hati seorang hamba Allah yang benar-benar bertawakal kepada-Nya walaupun menghadapi ujian yang sangat berat.
Doa yang dibacakan oleh Saidatina Asiah dalam Surah At-Tahrim ayat 11 menunjukkan harapan dan keyakinannya yang tulus kepada Allah SWT.
Dalam keadaan yang sangat sukar dan menyakitkan, beliau tidak meminta sesuatu yang duniawi tetapi memilih untuk meminta perlindungan dan tempat di syurga, dekat dengan Allah.
Ini adalah satu peringatan kepada kita semua bahawa segala bentuk kesusahan dan kesedihan di dunia ini adalah sementara, dan ganjaran yang besar menanti mereka yang bersabar dan tetap teguh dalam iman.
Semoga doa ini menjadi sumber kekuatan bagi sesiapa yang sedang bersedih hati. Ingatlah, Allah tidak akan menguji hamba-Nya melainkan dengan sesuatu yang mampu ditanggung. Teruslah berdoa dan bertawakal, kerana di sebalik setiap kesusahan pasti ada kemudahan yang Allah sediakan.
Aamiin
BalasPadamTerima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.