Doa memainkan peranan penting dalam setiap aspek kehidupan kita, termasuk ketika kita memulakan pekerjaan. Memulakan sesuatu kerja dengan membaca doa bukan sahaja memohon keberkatan daripada Allah SWT, tetapi juga meletakkan niat yang betul dalam setiap tindakan kita.
Dengan mengingati Allah, kita diingatkan bahawa segala usaha dan hasil adalah di bawah kuasa-Nya. Kejayaan datang dengan izin-Nya, dan jika sesuatu tidak berlaku seperti yang kita harapkan, mungkin ada hikmah di sebaliknya yang belum kita ketahui.
Berdoa dan bertawakkal membantu kita untuk sentiasa bersangka baik dengan segala ketentuan-Nya. Mungkin dalam kesukaran yang kita hadapi, Allah sedang menyediakan sesuatu yang lebih baik untuk kita.
Oleh itu, jangan pernah putus asa. Mulakan setiap kerja dengan doa, dan serahkan hasilnya kepada Allah dengan penuh tawakkal. InsyaAllah, Allah akan mempermudahkan urusan kita dan memberi ganjaran yang baik.
Doa Ketika Memulakan Kerja
Amalkanlah doa ini sebelum memulakan kerja. Semoga ia menjadi sumber keberkatan dan kejayaan dalam setiap usaha yang kita lakukan.
Doa dalam rumi:
Allahumma inni asaluka minkhair
Haazal'amali wakhairi maafiihi
Wa'uzubika minsyarri haazal 'amali wasyarri maafiihi
Innaka 'alaa kulli syai'inqadiir
Maksudnya:
"Ya Allah, aku memohon kepada-Mu kebaikan pekerjaan ini dan segala kebaikan yang ada di dalamnya, dan aku berlindung kepada-Mu daripada keburukan pekerjaan ini dan segala keburukan yang ada di dalamnya. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu."
Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan menjadi amalan harian kita untuk mendapatkan keberkatan dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan.
Sumber: Zayan.my
Betul baca doa sebelum memulakan kerja
BalasPadamAamiin
BalasPadamApapun yg kita kerjakan, sebaiknya memang menyebut nama Allah dulu ❤️. Thank you utk sharing doa nya kak
BalasPadamTerima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.