Aku dulu memang penggemar tegar kopi premix macam Nescafe atau coffeemix. Setiap hari mesti ada secawan kopi panas sebagai teman setia waktu pagi.
Tapi, lama-lama aku sedar yang aku perlu kurangkan kafein dalam diet aku, jadi aku cuba perlahan-lahan tinggalkan tabiat tu. Lagipun, sekarang ni makin banyak pilihan minuman lain yang lebih sihat di pasaran.
Setiap kali pergi shopping kat Johor ni, aku selalu perasan ada bermacam-macam jenis kopi premix yang dijual kat pasaraya. Yang paling menarik perhatian aku ialah Kopi Pra Campuran Al Jannah Mahkota Dewa.
Produk ni memang laku keras kat sini. Walaupun aku tak pernah terfikir nak beli, tapi satu hari tu aku makan kat restoran dan teringin nak minum cappuccino. Tapi bila tanya waiter, dia kata yang ada cuma Mahkota Dewa.
Hmmm, dalam hati terfikir, “cappuccino apa tu?” Mula-mula rasa ragu-ragu, tapi bila dah cuba, rupanya sedap juga!
Yang menarik tentang Kopi Pra Campuran Al Jannah Mahkota Dewa ni, ia bukan sekadar kopi biasa. Kandungannya memang unik, dengan campuran herba-herba macam mahkota dewa, temulawak, halia, kayu manis, dan banyak lagi. Aku rasa inilah yang buatkan kopi ni ada rasa yang tersendiri.
Aku suka jugalah kopi ni cuma mungkin tak repeat beli sebab aku pun nak kurangkan minum berkafein. Dari segi kesan sampingan macam biasalah kalau minum kopi nie memang bertenaga jadi elakkan minum pada waktu malam. Nanti korang tak dapat tidur pula.
Kandungan Kopi Mahkota Dewa
Kopi, krimer bukan tenusu, gula, ekstrak herba mahkota dewa, temulawak, halia, kayu manis, goji, ginseng, buah pala, mengkudu, lempoyang, cekur, kulit manggis
Menurut yang dikongsikan di Sinar Harian, buah mahkota dewa, atau phaleria macrocarpa, adalah tumbuhan berkhasiat dari Papua New Guinea yang terkenal dalam bidang kesihatan dan kecantikan.
Buah ini sering digunakan untuk mencegah dan merawat pelbagai penyakit seperti tekanan darah tinggi, diabetes, kanser, gout, dan masalah hati. Ia juga berkesan untuk meningkatkan stamina, merawat penyakit kulit, dan mengatasi ketergantungan ubat.
Walaupun buahnya memiliki sifat antipruritus dan antikanser, bijinya beracun dan harus dielakkan. Daun dan kulit buah ini pula kaya dengan komponen kimia seperti antihistamin, alkaloid, saponin, dan flavonoid.
Produk Buatan Malaysia
Kopi Pra Campuran Al Jannah Mahkota Dewa ini dikilang dan dibungkus oleh Al Jannah Biotech Sdn Bhd (808739-X), sebuah syarikat yang komited dalam menghasilkan produk berkualiti tinggi.
Dengan harga RM35 untuk 20 paket x 30g, kopi ini adalah pilihan yang berbaloi untuk korang yang ingin menikmati kopi dengan lebih dari sekadar rasa. Boleh la try, mana tahu kena dengan selera.
Kalau korang nak tahu lebih lanjut, boleh terus lawat website mereka kat www.ajglobal2u.com atau email je ke ajglobal2u@gmail.com. Siapa tahu, mungkin lepas ni korang pun akan jadi penggemar kopi Mahkota Dewa. Selamat mencuba!
Info Lanjut
- Alamat: Aljannah Global Marketing Sdn Bhd, No. 23, Jalan Medan Aliff Harmoni 1/1, Taman Damansara Aliff, 81200 Johor Bahru, Johor
- Telefon: 607-232 9177 / 607-237 9177
- Email:gmail: ajglobal2u
- Website: https://www.ajglobal2u.com/
Wujud lagi ek kopi Mahkota Dewa ni. Lama dah kopi ni dulu dia punya sistem MLM jugak. Ada staf join. Tapi sekarang takde dah dia buat biz tu.
BalasPadamWaah saya baca ingredientsnya langsung terbayang rempah yg dipakai. Penasaran juga Ama rasanya nih 😅😁. Pantas lah buat bertenaga yaaa 😁
BalasPadamAda kelulusan KKM tak ni? Rasanya semua produk kopi perlu ada kelulusan.
BalasPadamTerima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.