Assalamualaikum
Bismillah
Dalam dunia yang serba pantas ini, laptop memang dah jadi keperluan terutama untuk kerja-kerja online macam aku nie. Sama ada laptop digunakan untuk kerja, belajar, atau tengok movie marathon, bila tiba-tiba laptop buat hal pula memang panik jugalah.
Cerita dia, beberapa minggu lepas laptop aku rosak. Tengah syok layan anime, tetiba blue screen muncul, lepas tu terus restart sendiri. Bila cuba on balik, tak boleh masuk pun.
Aku pun gigihlah cari tutorial nak tahu apa masalahnya. Rupa-rupanya hard disk atau SSD rosak. Tahu punca saja tak cukup kalau tak reti repair kan?
Bila keluar mesej "Your device ran into a problem and needs to restart. We're just collecting some error info, and then we'll restart for you," Aku tahu memang ada masalah dah dengan laptop.
Apabila aku on pula, keluar pula mesej "Boot Device Not Found. Please install an operating system on your hard disk"
Boot device not found is a more specific error message that indicates that the computer is unable to find a bootable device to load the operating system from.
Tanda Hard drives/SSD rosak dan ralat 'boot device not found'
Berikut adalah beberapa tanda Hard Drives/SSD yang rosak yang boleh menyebabkan Boot Device Error :
1. Terlalu Panas: Pemanasan melampau adalah salah satu tanda yang paling biasa menyebabkan hard drives yang rosak. Jika ianya terlalu panas, ia boleh menyebabkan boot device errors.
2. Bunyi Pelik: Bunyi yang tidak biasa seperti klik, bunyi berdengung, dan bunyi geseran boleh jadi tanda bahawa hard drives korang rosak. Jika korang mendengar bunyi-bunyi ini, adalah lebih baik untuk segera back up data korang.
3. Data, Fail, dan Folder Rosak: Jika korang perasan bahawa fail dan folder rosak atau hilang, mungkin ini petanda kerosakkan pada hard drives.
4. Perlahan Secara Drastik: Jika laptop korang menjadi lebih perlahan daripada biasa, ini mungkin tanda cakera keras yang rosak. Ini kerana cakera keras mengalami kesukaran untuk membaca dan menulis data.
5. Motor Spindle Tersekat: Jika motor spindle tersekat, cakera keras tidak akan dapat berpusing, dan ini boleh menyebabkan ralat peranti but (boot device errors).
6. Mesej Ralat Kerap: Jika korang sering melihat mesej ralat, ini mungkin tanda cakera keras yang rosak. Mesej ralat ini boleh termasuk “boot device not found” atau “no bootable device.”
7. Sistem Terhempas: Jika laptop korang sering terhempas (System Crashes) ini mungkin tanda cakera keras yang rosak.
Apabila korang ada masalah dengan laptop, aku rekomen korang untuk servis laptop di U.COM.
Kenapa U COM Studio Pilihan Terbaik Untuk Servis Laptop?
1. Servis Cepat dan Efisien
Di U COM Studio, mereka faham betapa pentingnya laptop dalam hidup kita. Sebab tu, servis kat sini memang laju. Tak perlu tunggu lama, mereka akan baiki laptop korang dengan cepat tapi tetap jaga kualiti. Jadi, korang boleh kembali ke rutin harian tanpa banyak gangguan.
Aku hantar laptop hari ini, esok dah siap servis dan boleh ambil. Servis bergantung dengan kerosakan laptop korang. Tetapi sekiranya laptop ada masalah macam aku, InsyaAllah tak lama pun servisnya.
2. Pembaikan Berkualiti Tinggi
Kalau hantar laptop untuk diservis di U COM Studio, korang boleh relaks sebab mereka memang jaga kualiti. Mereka akan pastikan laptop korang kembali dalam keadaan tip-top. Tak kira apa masalahnya— sama ada software ke, hardware ke — semuanya akan diselesaikan dengan teliti.
3. Team Pakar yang Friendly
Kat U COM Studio, semua technician memang pakar dalam bidang mereka. Dah lama mereka berkecimpung dalam dunia laptop ni, jadi tak hairanlah mereka boleh selesaikan macam-macam jenis masalah. Dan lagi best, mereka ni friendly — boleh tanya apa-apa je kalau ada yang tak faham pasal laptop.
4. Harga yang Berbaloi
Tak nak kena ‘ketuk’ dengan harga servis yang melampau? U COM Studio faham. Sebab tu, harga servis kat sini memang berbaloi dengan kualiti yang mereka tawarkan. Lagi satu, sebelum mula kerja, mereka akan explain dulu apa yang perlu dibuat dan berapa kosnya. Jadi, tak ada la caj-caj yang tak disangka.
5. Lokasi Senang Cari di Pontian
Kalau korang tinggal di Pontian, memang senang sangat nak cari U COM Studio ni. Lokasinya strategik dan senang diakses. Bila sampai, korang akan disambut dengan senyuman dan servis mesra pelanggan. Nak tanya apa-apa pasal laptop pun, mereka sedia bantu.
Di U.COM Studio bukan servis laptop saja tau, nak beli printer, laptop mampu milik harga bawah RM1000 pun ada juga.
Review Servis Laptop U.COM Studio Pontian
Ramai pelanggan yang dah hantar laptop mereka ke U COM Studio bagi feedback positif. Rata-rata mereka puji betapa cepatnya servis di sini dan betapa profesionalnya team U COM Studio. Memang puas hati!
Aku pun dah hantar laptop di sini, Alhamdulillah aku memang puas hati dengan layanan dari pekerjanya, servis mereka juga memang pantas. Manakala dari segi harga juga mampu milik.
Contohnya, bahagian yang rosak pada laptop aku telah diganti dengan yang baru dengan harga RM180, belum termasuk servis format RM50. Jumlah keseluruhan yang aku bayar RM230.
Lokasi kedai ini terletak di Parit Mesjid, Lorong Abadi. Dekat dengan GS Mart dan Maslee Pontian.
Jadi, sekiranya korang ada masalah dengan laptop dan berada di sekitar Pontian, tak payah pening-pening lagi. U COM Studio adalah tempat yang paling tepat untuk servis laptop yang cepat, berkualiti, dan harga pun okay. J
Jangan biarkan laptop korang terbiar rosak—bawa terus ke U COM Studio dan mereka akan uruskan semuanya. InsyaAllah, U COM Studio Pontian - Tempat terbaik untuk servis laptop yang pantas dan berkualiti!
Maklumat Lanjut:
- U COM Studio Pontian
- Alamat: (BERHAMPIRAN MASLEE) BANGUNAN YPJ 556-5 JALAN PARIT MESJID, Pontian Kecil, Malaysia
- Telefon: 011-1212 5095
- Facebook: https://www.facebook.com/U.Com.Studio/
- Email: usaidkp1@gmail.com
Laptop yang ada nie pun.. Semoga sihat2 selalu
BalasPadamTerima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.