Setiap daripada kita pasti pernah merasakan naik turun dalam kehidupan seharian. Seorang blogger juga tidak terlepas daripada merasai naik turun dalam kehidupan seharian.
Kadang-kadang, idea datang mencurah-curah, dan jari-jemari pantas menaip di papan kekunci. Setiap ayat yang ditulis terasa begitu padu dan berinspirasi. Malah artikel boleh disiapkan dalam masa yang singkat dan berasa puas melihat hasil kerja sendiri.
Namun, sebagai seorang blogger, bukan setiap hari kita berada pada tahap yang sama. Ada masanya, minda terasa kosong. Idea-idea yang biasanya mudah datang tiba-tiba hilang entah ke mana.
Kadang duduk depan laptop berjam-jam, tapi hanya mampu menulis beberapa baris ayat sahaja. Ada ketika dimana rasa tidak mahu menghasilkan apa-apapun konten.
Begitu juga dalam kehidupan seharian kita. Setiap hari kita menghadapi pelbagai cabaran yang berbeza. Ada hari di mana kita berasa sangat bertenaga dan mampu menyelesaikan banyak tugasan. Namun, ada juga hari di mana kita hanya mampu melakukan perkara yang basic sahaja.
Sebenarnya penting untuk diri sendiri sedar bahawa produktiviti dan kreativiti tidak konsisten setiap hari. Ada hari yang produktif dan ada hari perlukan diri untuk berehat. Memberi diri sendiri ruang untuk berehat dan pulih adalah cara terbaik untuk kembali produktif.
Sebagai contoh, jika korang merancang untuk menulis dua atau tiga artikel pada hari ini tetapi hanya mampu menyiapkan satu artikel sahaja, jangan berasa kecewa. Anggaplah itu sebagai pencapaian. Fokus kepada apa yang telah korang capai, bukan pada apa yang tertinggal.
Daripada berusaha untuk menulis dengan sempurna setiap hari, lebih baik fokus pada konsistensi. Mungkin korang tidak dapat menulis dengan baik setiap hari, tetapi dengan menulis secara konsisten, korang akan terus berkembang sebagai penulis.
Yang penting, jangan biarkan hari-hari yang sukar mematahkan semangat. Walaupun hanya menulis satu perenggan pada hari yang sukar, itu masih merupakan satu langkah untuk maju ke depan.
Your best will look different every day, and that's okay...
Iyaaa betul.. ada masa sehari boleh menulis 3.4 post, tapi ada masa mood ke-laut, duduk lama depan laptop pun, takde idea nak menulis.. macam-macam rasa dah rasa dah ...
BalasPadamso true..kalau dpt buat 3-4 entry satu hari tu...seronok sgt dah
BalasPadambut kalau x dpt buat tu...what to do, redha je...
Nurul, ada ambil servis baiki blog tak? Kalau ada, nak mintak tolong godek blog akak..bisa?
BalasPadamThank you remindernya kak. Memang betul. Menulis hanya 1 paragraf pun pencapaian juga, drpd tidak menulis samasekali kan
BalasPadamTerima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.