Cara Menggunakan Ujian Kehamilan Watsons dengan Betul

Sii Nurul
2
Ujian Kehamilan Jalur Satu Langkah Watsons adalah ujian kualitatif untuk mengesan kehadiran gonadotropin chorionic manusia ("hCG"), yang muncul dalam air kencing untuk menyaring kehamilan. 
la adalah ujian kehamilan pantas yang boleh dilakukan dengan mudah oleh anda sendiri.

Dalam artikel ini akan diterangkan cara menggunakan ujian kehamilan (UPT) dengan mudah dan tepat melalui panduan lengkap ini. Artikel ini akan membantu anda memahami setiap langkah penggunaan, cara membaca keputusan dengan betul, serta memberikan tips penting untuk memastikan ujian dilakukan dengan sempurna.

Watsons One Step Pregnancy Test Strip


BAGAIMANA IA BERFUNGSI

Human Gonadotropin chorionic (hCG) adalah hormon, yang dihasilkan oleh plasenta yang terbentuk sejurus selepas pembuahan dan dirembeskan ke dalam air kencing. Ujian ini ialah immunoassay sandwich menggunakan antibodi berganda yang secara khusus bertindak balas dengan hormon ini.

Apabila jalur direndam ke dalam spesimen air kencing, kapilari bertindak membawa spesimen untuk berpindah bersama membran. Apabila hCG dalam sampel sampai di kawasan Zon Ujian membran, ia akan membentuk garisan berwarna. 

Ketiadaan garisan berwarna ini menunjukkan keputusan yang negatif. Untuk berfungsi sebagai kawalan prosedur, garisan berwarna akan muncul di kawasan Zon Kawalan, sekiranya ujian dilakukan dengan betul.

KANDUNGAN KIT UJIAN

1. Satu beg yang mengandungi jejalur reaksi dan bahan pengering. Pengering hanya untuk penyimpanan, dan tidak digunakan dalam prosedur ujian. 

2. Satu unit cawan untuk air kencing.

3. Risalah panduan penggunaan.

PERKARA LAIN YANG ANDA PERLUKAN

1. Sekiranya anda mahu, bekas kaca atau plastik yang bersih dan kering boleh digunakan untuk mengumpul air kencing anda.

2. Peranti masa (jam tangan atau jam dinding).

PENGUMPULAN DAN PENYEDIAAN SPESIMEN

Waktu sesuai periksa ujian kehamilan?

Spesimen air kencing yang dikumpul pada bila-bila masa sesuai untuk ujian kehamilan tetapi spesimen air kencing pertama waktu pagi adalah yang paling optimal kerana kandungan kepekatan hCG yang tinggi.
CARA MENGGUNAKAN UJIAN KEHAMILAN

BAGAIMANA MENGUMPUL AIR KENCING

Spesimen air kencing boleh dikumpul di dalam cawan air kencing yang disertakan atau sebarang bekas plastik atau kaca yang bersih dan kering.

CARA MENGGUNAKAN UJIAN KEHAMILAN

  • Kumpul air kencing di dalam cawan bersih.
  • Pastikan jalur ujian dan air kencing berada pada suhu bilik (15-30°C).
  • Keluarkan jalur ujian daripada beg yang dimeterai.
  • Rendam jalur ke dalam air kencing dengan anak panah ke arah air kencing. Keluarkan selepas 3 saat dan letakkan melintang rata di atas permukaan bersih dan kering.
*Penting: Paras air kencing tidak boleh melebihi paras MAX (garisan penanda).

Baca keputusan:
  • Keputusan positif mungkin boleh diperhatikan seawal 1 minit.
  • Untuk keputusan negatif, tunggu 3 minit sebelum mengesahkannya.
  • Jangan baca selepas 5 minit.

BAGAIMANA MEMBACA KEPUTUSAN UJIAN KEHAMILAN

Ujian Kehamilan Positif (hamil):

Belang warna berbeza kelihatan di zon kawalan dan ujian. la menandakan anda hamil. Kepekatan belang warna mungkin berbeza kerana kepekatan hormon hCG berbeza mengikut peringkat kehamilan.

Ujian Kehamilan Negatif (tidak hamil):

Hanya satu belang warna kelihatan di zon kawalan dan jalur warna tidak kelihatan di zon ujian. Ini menandakan tiada kehamilan dikesan.

Keputusan Batal:

Belang warna tidak kelihatan langsung, atau belang warna hanya kelihatan di zon ujian tetapi tidak di zon kawalan. Ulangi dengan kit ujian baru.

keputusan ujian kehamilan positif negatif

Nota: Sekiranya warna di zon ujian kehamilan samar, disarankan agar ujian diulangi dalam 48 jam.


APA YANG PERLU DILAKUKAN SETELAH MENGETAHUI KEPUTUSAN

Sekiranya keputusan positif (dua garisan)

Bincang dengan doktor. Doktor akan mengesahkan kehamilan selepas menilai semua penemuan klinikal dan makmal. Sememangnya, dalam keadaan tertentu, ujian mungkin memberikan keputusan positif-palsu. Doktor akan memberikan maklumat lanjut dan nasihat berkenaan kehamilan anda. Lihat juga 'Keterbatasan.


Jika Keputusan negatif (satu baris)

Sekiranya anda yakin bahawa anda mengandung (misalnya; Tiada pendarahan haid), anda boleh mengulangi ujian beberapa hari kemudian. Sekiranya ujian masih negative, rujuk doktor anda. Lihat Juga "Keterbatasan".


KETERBATASAN

1. Seperti mana-mana prosedur diagnostik, diagnosis kehamilan yang disahkan hanya dibuat oleh doktor selepas menilai semua ujian klinikal dan penemuan makmal.

2. Jika sampel air kencing terlalu cair (contoh: graviti tentu rendah), ia mungkin tidak mengandungi tahap kehadiran hCG. Jika masih mengesyaki hamil, satu lagi spesimen air kencing perlu dikumpulkan 48 jam kemudian dan diuji.

3. Kepekatan rendah hCG pada kehamilan yang terlalu awal dapat memberikan keputusan yang negatif. Dalam kes ini, spesimen lain perlu diperolehi sekurang-kurangnya 48 jam kemudian dan diuji.

4. Peningkatan hCG kehamilan. Oleh itu, kehadiran hCG dalam spesimen air kencing tidak seharusnya digunakan untuk mendiagnosis kehamilan melainkan syarat-syarat ini telah diketepikan.

5. Kehamilan normal tidak boleh dibezakan daripada kehamilan ektopik berdasarkan tahap hCG sahaja. Juga, keguguran spontan mungkin menyebabkan kekeliruan dalam menafsirkan hasil ujian.

6. Rawatan kemandulan, berdasarkan hCG, mungkin menyebabkan keputusan palsu. Sila rujuk doktor anda.

KEPUTUSAN YANG DIJANGKA

Keputusan negatif adalah dijangka pada wanita sihat tidak hamil dan lelaki sihat. Walaupun paras hCG normal pada awal kehamilan adalah pelbagai, Ujian Kehamilan Jalur Satu Langkah Watsons mampu mengesan kehamilan seawal sehari selepas kelewatan haid.

SOALAN & JAWAPAN TENTANG UJIAN KEHAMILAN

1. Terdapat dua perbezaan besar garisan kawalan dua ujian. Perlukah ia diberi perhatian?

Tidak. Variasi warna pada jalur kawalan tidak memberi kesan kepada keputusan ujian.

2. Bolehkah keputusan ditafsirkan selepas lebih daripada lima minit?

Tidak. Keputusan mesti dibaca dalam lima minit. Walaupun keputusan positif tidak berubah untuk beberapa hari, keputusan negatif mungkin berubah kepada positif palsu dalam beberapa minit selepas tempoh ujian berakhir, di mana ia adalah bacaan yang tidak tepat. Masa terbaik untuk membaca keputusan ialah dalam masa lima minit tempoh ujian dan kemudian buang ujian untuk mengelakkan kekeliruan.

3. Latar belakang berwarna merah jambu dan garisan halus menegak muncul di kawasan keputusan ketika tempoh ujian. Perlukah ia diberi perhatian?

Tidak, Setiap sampel air kencing mungkin berbeza dalam susunan kimia, begitu juga dengan kadar kelembapan udara dalam bilik ujian, Kepelbagaian sebegini dalam keadaan fizikal boleh menyebabkan garisan halus menegak dan/atau latar belakang berwarna merah jambu tetapi tidak mempengaruhi keputusan ujian. Selagi jalur kawalan kelihatan dalam masa lima minit, ujian berfungsi dengan betul.

AMARAN

  • Untuk penggunaan ujian sendiri sahaja Digunakan untuk diagnostik in vitro sahaja.
  • Jangan ditelan.
  • Buang selepas penggunaan pertama. Jalur ujian tidak boleh diguna lebih daripada satu kali.
  • Jangan gunakan kit ujian selepas tarikh luput.
  • Jangan gunakan kit jika beg bocor atau tidak dimeterai dengan baik. Jauhi daripada kanak-kanak.

PENYIMPANAN

Simpan pada suhu 4°C -30°C di tempat sejuk, kering dan jauhkan daripada sinaran terus matahari. JANGAN DIBEKU. Guna segera selepas beg dibuka.


Anda boleh dapatkan Alat Ujian Kehamilan di watsons serta store yang berdekatan, atau beli secara online di shopee. Link https://s.shopee.com.my/2VYiw4cxDi



Tags

Catat Ulasan

2Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. Sepanjang 5x pernah mengandung, setiap kali buat test mesti akan buat 2x guna 2 jenis test jenama berbeza sebab nak bagi betul2 yakin 😂

    BalasPadam
  2. ada kebarangkalian x ujian dipaparkan tu silap. maksud sy bkn mengandung tp ada penyakit lain?

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!